Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Selepas 15 Tahun, Terowong...

BEIJING – Terowong jalan raya tertinggi dunia mula dibuka kepada pengguna di wilayah...

Elak Produk Tempatan, Gadis...

ZAMAN sekarang ni ramai wanita berkejar-kejar untuk menjadi putih dan cantik. Ada juga...

Kanak-Kanak Lelaki Ditemui Lemas...

KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan mati lemas, pagi tadi, selepas dipercayai...

Polis P.Pinang Bongkar Makmal...

GEORGE TOWN - Polis membongkar makmal memproses dadah dan merampas pelbagai jenis dadah...

Johor Sedia Bangun Kawasan Laluan Projek HSR

JOHOR BHARU – Kerajaan negeri sedia membangunkan kawasan yang menjadi laluan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura sekali gus mengambil manfaat daripada projek berimpak tinggi itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Johor mempunyai Pelan Pembangunan Strategik yang dapat mengenal pasti corak pembangunan kawasa  laluan terlibat terutama di Muar dan Batu Pahat.

“Kerajaan Johor amat mengalu-alukan projek ini yang sudah ditandatangani memorandum persefahamannya dan seperti yang dimaklumkan, ia dijangka siap dan beroperasi selepas 2026.

“Dalam masa yang sama, kita percaya bahagian yang dilalui oleh laluan HSR akan kita bangunkan. Dengan adanya HSR, ia memungkinkan kita menterjemah Pelan Pertumbuhan Strategik terbabit,” katany kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Johor di sini, hari ini.


Projek HSR yang disasar memulakan operasi pada 2026 akan mempunyai lapan stesen iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

Landasan sepanjang 350 kilometer (km) itu akan mengurangkan tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada hanya 90 minit dengan kelajuan melebihi 300 km sejam. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • HSR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori