Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

SST Kurang Bebankan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Cukai Jualan dan...

Bapa Terkejut Anak Tidak...

TANGKAK - Bapa kepada mangsa pertama korban banjir di negeri ini, Abd Hamid...

Tindakan Tegas Ke Atas...

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana syarikat telekomunikasi yang masih...

Mahathir Sahkan Ada Bertemu...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan sudah bertemu dengan beberapa...

JPAM Kelantan Tubuh Pasukan Kecemasan Komuniti

KOTA BAHARU – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan menubuhkan Pasukan Kecemasan Komuniti sebagai persiapan menghadapi kemungkinan berlaku fenomena La Nina yang menyebabkan banjir.

Pengarahnya Lt. Kol (PA) Zainuddin Hussin berkata melalui pasukan tersebut, JPAM memberi latihan kepada ketua komuniti seperti ketua kampung untuk menghadapi bencana.

“Latihan meliputi kaedah menyelamat mangsa, pengendalian bot, berenang dan keyakinan diri semasa berada dalam air serta latihan bagi menghadapi situasi cemas sekiranya berlaku banjir,” katanya kepada Bernama di sini.

Zainuddin berkata selain penubuhan pasukan tersebut, pihaknya juga melakukan persiapan awal dari segi logistik seperti menyediakan kenderaan darat dan bot yang mencukupi.

“Anggota kami boleh digerakan di semua daerah bagi membantu masyarakat yang mengalami situasi yang tidak terkawal akibat sesuatu bencana seperti banjir,” katanya.


Beliau berkata JPAM akan bekerjasama dengan agensi penyelamat lain dalam memberi bantuan yang lebih berkesan kepada masyarakat.

Sebelum ini, Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) melaporakan hujan yang berlaku antara Jun dan Oktober depan akibat fenomena La Nina boleh menyebabkan banjir di kawasan semenanjung terutamanya negeri pantai timur. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori