Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dissertation for that individuals

Article writing may truly be the. Writing an essay is going to have....

AKPK: Pasangan Timbang Gabungan...

KUALA LUMPUR - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menasihatkan pasangan yang sudah...

Mangsa Banjir Meningkat 264...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di enam pusat pemindahan di Jasin...

Video: Gempar! Tun M...

GAGAL melihat sambutan bangsa Melayu dalam perhimpunan Bersih 4.0, bekas Perdana Menteri Malaysia,...

JPN Nafi Program Tukar MyPR kepada Mykad

KUALA LUMPUR – Pada waktu pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan menabur fitnah kononnya Malaysia sedang hancur dan ada pula mendakwa tidak lagi berasa selesa tinggal di negara ini, ribuan warga asing pula bersungguh-sungguh mahu mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi mengejar kemakmuran dan kesejahteraan hidup di negara ini.

Perkara itu terbukti apabila ribuan individu bertindak menyerbu Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya hari ini gara-gara penyebaran maklumat palsu tentang program penukaran kad pengenalan merah atau Pemastautin Tetap (MyPR) kepada Mykad.

Situasi itu menyebabkan JPN terpaksa mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi menjelaskan kepada orang ramai supaya tidak mempercayai hebahan maklumat berkaitan program penukaran kad MyPR kepada Mykad yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp tersebut.

“Maklumat yang disebarkan adalah tidak benar dan palsu. Sehingga kini tiada sebarang perubahan syarat atau prosedur permohonan berkaitan urusan penukaran kad pengenalan atau warganegara.

“Ingin ditegaskan bahawa sebarang penyiaran maklumat berkaitan urusan pendaftaran dan hal ehwal berkaitan Jabatan ini hanya boleh disahkan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Pegawai yang dilantik sahaja,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, JPN tidak menjalankan sebarang program pemberian warga negara kepada yang tidak layak dan tidak memenuhi syarat-syarat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Jelas JPN, permohonan dokumen pengenalan diri merupakan perkhidmatan yang berterusan tanpa tarikh tutup dan sebarang urusan kad pengenalan atau warga negara boleh di buat di mana-mana pejabat JPN dan pada bila-bila masa di waktu pejabat.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk melayari laman sesawang rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03 – 8880 7077 atau emel ke [email protected] untuk mendapatkan maklumat tepat,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori