Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara...

BENTONG - Kementerian Pengangkutan akan menubuhkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara bagi memantau semua...

Remaja Maut Motosikal Tembung...

TAIPING - Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan...

Wanita Lari Tinggalkan Anak...

MIAMI - Seorang wanita telah didakwa di mahkamah Florida, Amerika Syarikat kerana meninggalkan...

Nicol, Wee Wern Mara...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan pemain nombor dua...

Julia Ziegler Bakal Berkahwin Dengan Jurutera Kimia

BERKONGSI berita gembira bersama peminat, pelakon Pan-Asia Julia Ziegler akhirnya mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Johan yang merupakan seorang jurutera kimia.

Menurut Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 32, majlis perkahwinannya berkemungkinan bakal berlangsung sekitar bulan Disember depan.

Julia Ziegler Bakal Berkahwin Dengan Jurutera Kimia
Julia (berdiri – kanan) bersama Johan (dua dari kanan) bergambar bersama ahli keluarganya.

“Alhamdulillah, mungkin Hari Raya ini terakhir sebagai wanita bujang kerana perancangannya pada Disember depan atau paling lewat pun Januari 2017 kami akan melangsungkan perkahwinan.

“Saya mahu perkahwinan yang sederhana dan buat perkara wajib sahaja, walaupun saya selebriti tapi saya tidak mahu majlis yang terlalu besar-besaran,” katanya kepada mStar Online.

Bercerita mengenai bakal suaminya itu, pelakon Bibik-Bibikku ini memberitahu, dia berkenalan dengan Johan sejak awal tahun lalu di sebuah restoran di ibu kota.


Katanya, Johan membuatkan dia merasa istemewa hingga berjaya mengubah beberapa perkara dalam hidupnya.

Dalam pada itu, Julia mengakui enggan mendedahkan wajah bakal suaminya itu kerana tidak mahu perkara-perkara tidak diingini seperti yang dilaluinya dahulu berulang kembali. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori