Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Siasat Segala Kemungkinan Kes...

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat segala kemungkinan dalam kes...

Polis Ambil Keterangan Pembantu...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengambil keterangan pembantu rumah bekas...

DBKL Tawar RM35,000 Seunit...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan harga RM35,000 bagi setiap...

Permainan Super Nintendo Tidak...

Seorang lelaki Jepun yang gilakan permainan Super Nintendo, tidak pernah mematikan alat permainan...

Kahwin Bukan Kerana Cinta, Tetapi?…

PERKAHWINAN merupakan perkara yang indah dan akan menjadi detik yang istimewa bagi setiap pasangan. Ada pelbagai alasan untuk mendirikan rumahtangga, salah satunya kerana cinta.

Tetapi, bukan semua orang berkahwin kerana cinta.

Ada yang mengatakan ramai pasangan yang bercerai kerana berkahwin bukan atas dasar cinta dan sering mengalami masalah perselisihan faham akibat tidak memahami antara satu sama lain.

Sebenarnya, apa lagi sebab yang mendorong seseorang itu berkahwin? Kami senaraikan empat sebab utama yang mungkin menjadi penyebab seseorang itu mendirikan rumah tangga.

1- Tekanan keluarga

Salah satu sebab utama seseorang membuat keputusan untuk berkahwin adalah kerana keluarga. Tuntutan dan desakan ibu bapa yang mahu anaknya berkahwin akan menyebabkan pasangan berkahwin secara terpaksa dan bukan cinta.

2- Takut kesepian

Ada individu yang tidak sanggup hidup sendiri tanpa peneman kerana bagi mereka, mempunyai pasangan adalah sangat penting. Mereka akan berkahwin kerana memerlukan pendamping untuk menjalani liku-liku kehidupan.


3- Bertanggungjawab atas tindakan

Ya, ada individu terpaksa berkahwin kerana tindakan yang telah dilakukan. Kahwin bukan kerana cinta, tetapi kerana harus bertanggungjawab atas masalah yang dilakukan. Sebagai contoh, wanita tersebut sudah hamil terlebih dahulu.

4- Tekanan persekitaran dan kehidupan

Dalam bab ini, individu juga berkahwinan kerana kewajiban tuntutan agama, tradisi atau norma sosial. Keadaan persekitaran yang hanya dikelilingi oleh pasangan yang sudah berkahwin mungkin menjadi penyebab untuk seseorang itu membuat keputusan untuk berkahwin. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: Allwomenstalk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori