BAGIÂ peminat Punk Anarkis Malaysia – pasti kenal dengan Kak Pah Punk. Imej daring dan inovatif serta ketrampilan dengan segala macam design pakaian termasuk kasut yang diubahsuai membuatkan nama anak muda ini jadi perbualan.
Walaupun *lain daripada yang lain* Kak Pah Punk yang sering muncul dengan kombinasi rekaan fesyen Doc Martens, Gucci, Levis dan DKNY sentiasa menyegarkan peminat fesyen Punk Anarkis.
Kali ini yang menarik bagi pengikut Facebook Kak Pah Punk ialah status perjalanan pulang berhari-raya ke Kota Bharu, Kelantan dengan menunggang skuter.
Bayangkan: 10 ke 12 jam baru sampai. Tapi bukan pelik pun, kerana konvoi bersama puluhan rakan-rakan punk menjadikan perjalanan balik kampung sejauh 700 kilometer pasti terasa menarik dan penuh ceria.
Kelibat Kak Pah Punk boleh ditemui di Jalan Raja Bot dan Kampung Baru terutama pada Malam Bundle setiap Jumaat dan Sabtu. Imej Anarkis Punk menjadikan pemuda berusia 29 tahun ini mudah dicam.
Orangnya ramah dan mesra. Sentiasa berterus-terang mengenai kisah hidupnya. Berbuallah berjam-jam pun, anda tidak ada ruang mengumpat dan mengutuk orang lain. Sebab Kak Pah Punk memang anti gosip murahan.
Kalau berbual – ceritanya hanyalah seputar kisah fesyen dan Punk Punk dan Punk.
Cuma agak menyentuh perasaan melihat status terkini pada FB Kak Pah Punk. Ada sesuatu yang tidak kena setelah 12 jam menunggang skuter dari KL ke KB.
Tetapi kita tidak pasti apa yang berlaku. Cuma mengenali imej meriah dan positif Kak Pah Punk, tentulah status ini ada kisahnya.
Moga Kak Pah Punk menikmati Aidil Fitri yang indah bersama-sama keluarga dan kenalan di KB.
Apa-apa pun, Kampung Baru menanti kepulangan Kak Pah Punk kerana kemunculannya yang naif dan baik hati sentiasa diraikan.
Moga Allah panjangkan umur Kak Pah Punk dan diberikan rahmat bergembira sempena Syawal kali ini.
“Kak Pah! Bawok moto molek skek. Kolumpo tunggu demo kelik semula!” – MYNEWSHUB.CC