Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Peperiksaan Tahap 1 Dimansuh...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengumumkan peperiksaan bagi murid Tahap...

RELA Mohon Siasat Keputusan...

PUTRAJAYA — Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) hari ini membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Suspek Berang Mangsa Sudah...

POLIS mendedahkan mangsa yang ditemui meninggal dunia dalam sebuah spa di Jalan Mat...

Kerajaan Rangka Mekanisme Baharu...

KUALA LUMPUR – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air...

Kambing Terjun Laut Rimas Dirakam Pengunjung Pantai

WASHINGTON DC – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Seekor kambing gunung di negeri Alaska menemui ajal ketika cuba melarikan diri daripada dirakamkan gambar oleh pengunjung pantai.

Mangsa dikatakan nekad cuba terjun ke Lautan Pasifik sebagai usaha untuk mengelak tindakan ramai pengunjung kawasan pantai peranginan di bandar kecil Seward, kira-kira 7,072 kilometer dari ibu kota Amerika Syarikat (AS).

Pasukan peronda tempatan Alaska State Troopers berkata, mamalia tersebut dipercayai mahu melepaskan dirinya daripada orang ramai yang secara kebetulan berebut-rebut bergegas cuba merakamkan gambar kelibat dirinya itu.

Bagaimanapun ibarat malang tidak berbau, kambing gunung tersebut dilaporkan lemas akibat gagal menaiki kawasan pantai berbatu di situ yang dipenuhi ramai pengunjung dan teruja ‘menangkap’ foto haiwan berkenaan.

Kambing Terjun Laut Rimas Dirakam Pengunjung Pantai

Menurut Alaska State Troopers, kejadian itu mungkin tidak berlaku jika manusia sedia memberi ruang yang luas kepada pergerakan kambing tersebut namun ia tidak berlaku dalam insiden menyayat hati pada Sabtu lalu.


Kejadian itu merupakan antara banyak kes haiwan liar di negeri terbesar AS tersebut dilaporkan mati tanpa sebab logik akibat perbuatan manusia sendiri yang mungkin terlebih prihatin sehingga membahayakan nyawa binatang.

Sebelum itu, media di Alaska melaporkan berita sekumpulan pelancong mengusung seekor lembu bison yang disangkakan pengsan akibat kebuluran walhal haiwan tersebut ‘dipengsankan’ oleh renjer untuk pemindahan.

Di negeri tersebut, pihak peronda Alaska State Trooper pernah terpaksa meminta orang awam agar tidak ganggu kambing liar dan menceroboh kawasan berbatu yang didiami haiwan berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori