SEORANG kanak-kanak lelaki di Britain mengalami kecederaan teruk di bahagian muka selepas digigit anjing ketika hendak berselfie menggunakan aplikasi Snapchat.
Mahkamah Majistret Chelmsford memberitahu mangsa yang berusia 11 tahun itu menerima 21 jahitan selepas anjing yang digelar Digby itu menyerangnya ĆĀ sewaktu perbicaraan kes tersebut.
Stuart Harris, 45, didakwa bersalah memiliki anjing yang berbahaya dan diperintahkan untuk menyerahkan haiwan najis berat berkenaan kepada pihak berkuasa.
Menurut portal antarabangsa, kanak-kanak malang itu sedang bermain dengan anak lelaki Harris ketika serangan oleh haiwan najis mughallazah itu berlaku.
Jelas portal itu lagi, mangsa duduk di atas sofa sebelum Digby melompat ke sebelahnya. Bagaimanapun, cubaan mangsa untuk berselfie dengan Digby mengundang padah apabila anjing itu bertindak menyerangnya.
Menurut ibu mangsa sewaktu memberikan keterangan di mahkamah:ĆĀ “Dia (mangsa) sekarang sangat takut dengan anjing, lebih-lebih lagi anjing yang bersaiz besar.
“Malah dia menjadi fobia dengan haiwan berkenaan, dan apabila ada yang bertanyakan mengenai parut di wajahnya, dia berasa janggal dan malu.
“Dia tidak mahu gambarnya dirakam, melainkan parut itu tidak kelihatan,” luah ibu mangsa.
Pihak mahkamah mengarahkan Harris menjalankan 200 jam kerja komuniti dan membayar sebanyak ĆĀ£5,000 (RM26,371.89) kepada mangsa, dan juga ĆĀ£170 (RM896.64) kepada pihak mahkamah. – MYNEWSHUB.CC