SEORANG kanak-kanak di Singapura nyaris dilanggar oleh sebuah kereta selepas berlari-lari di jalan raya ketika kenderaan berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Video berdurasi 20 saat memaparkan seorang kanak-kanak berpakaian seragam sekolah rendah di republik itu dilihat berlari-lari di antara kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat.
Dia kemudian bertindak ‘memotong’ di hadapan sebuah Hyundai putih memasuki laluan paling kanan sebelum hampir dilanggar oleh sebuah kereta berwarna kelabu di laluan berkenaan.
Rakaman itu dimuat naik oleh Roads.sg dengan kapsyen:Â “Wow! That was wayyyy too close. Parents please educate your child not to dash in between vehicles when there is traffic.”
(Wow! Nyaris-nyaris dilanggar. Â Ibu bapa dinasihatkan untuk mendidik anak-anak supaya tidak berlari-lari mencelah antara kereta di lampu isyarat.)
Kejadian hampir meragut nyawa itu dikatakan berlaku di Balestier Road pada 29 Jun, pada kira-kira pukul 7.15 petang.
Nasib menyebelahi kanak-kanak terbabit kerana pemandu kereta berwarna kelabu itu sempat mengelakkan dan memberhentikan keretanya.
Kanak-kanak itu dilihat meninggalkan laluan itu tanpa mengalami kecederaan. – MYNEWSHUB.CC