Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

FAP Janji Pastikan Insiden...

GEORGE TOWN - Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) hari ini meluahkan rasa kecewa...

Bekas Penolong Pengarah didakwa...

MELAKA - Seorang bekas Penolong Pengarah Pengurusan dan Kewangan, Perbadanan Stadium Melaka mengaku...

JKNS Pantau Peniaga Bazar...

SEREMBAN - Peniaga di bazar Ramadan seluruh negeri ini berdepan tindakan penguatkuasaan sekiranya...

3 Individu Ditahan, Dadah...

TAIPING - Polis menahan tiga individu dan merampas dadah jenis methamphetamine dan heroin...

Kecewa Muhyiddin Gagal Ganti Azizah, Tun M Buka Parti Lain?

SESUATU cuba disorok media propembangkang yang konon mendakwa mengamalkan kebebasan bersuara apabila tidak memperbesarkan berita Pakatan Harapan menolak Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai pembangkang.

Ironi, bagi yang tahu asal-usul berita tersebut ia sebenarnya bermula daripada kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (PAN), Mazlan Aliman dalam sidang akhbar di Southern Chinese Press Club pada 1 Julai lalu.

Beliau mendakwa terdapat perbincangan dalam parti untuk mencadangkan mengenai pelantikan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang baharu, sekali gus menggantikan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sendiri.

“Kita telah bersetuju untuk memilih Muhyiddin sebagai ketua pembangkang yang baharu kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman di penjara. Beliau ada pengalaman dan akan menguatkan kita,” kata Mazlan.

Malangnya pada 3 Julai, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad menafikan perkara itu dengan alasan PAN Johor hatta disokong majoriti pemimpin di negeri itu tiada kuasa untuk melantik sesiapa menjadi ketua pembangkang.

Walhal bagi penganalisis politik tempatan, kenyataan PAN Johor itu sebenarnya secara berkias menolak Timbalan Presiden PAN, Salahudin Ayub sebagai Menteri Besar negeri tersebut jika Pakatan Harapan boleh menawan Johor.

Mereka malah mencadangkan Muhyidin dilantik sebagai Menteri Besar Johor kerana kewibawaan sedia ada selain faktor desas-desus bertiup ‘kencang’ ketika itu bahawa keluar ura-ura Salahudin akan kembali semula kepada PAS.

Pada 12 Julai, pemimpin DAP dan PAN sekali lagi tegas menolak cadangan agar Muhyiddin menggantikan Wan Azizah sebagai ketua mereka sebaliknya mahukan Ahli Parlimen Pagoh itu pula menyertai kem pembangkang.

Salahuddin dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memberi alasan konon pembangkang puas hati dengan prestasi ketua PKR itu waima catat rekod terburuk dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) serta Sarawak baru-baru ini.

Cerita sebenarnya, di manakah maruah pembangkang jika Muhyiddin menjadi ketua mereka pada hal semasa dalam UMNO, Muhyiddin lantang mengutuk mereka termasuk menggelar hina PKR sebagai akronim ‘Parti Kian Runtuh’.

Pembangkang turut berbelah-bahagi sama ada Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri wajar menjadi ketua mereka setelah pernah ditohmahkan dengan pelbagai salah laku dan penyalahgunaan kuasa selama 22 tahun memerintah.

Bertambah panas, Anwar yang juga mantan ketua pembangkang, terpaksa mengutus surat ‘pedas’ dari penjara memberi amaran kepada PKR akan bahaya bekerja dengan Mahathir iaitu musuh ketatnya digelar Mahafiraun itu.

Demi menjaga aib maruah Mahathir dan Muhyiddin, maka tersebarlah berita sensasi negarawan berusia 91 tahun itu bakal menubuhkan sebuah parti pembangkang baharu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 14 Julai.


Portal propembangkang kecoh menyebut konon bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan menyatakan kemungkinan Mahathir sedang mempertimbangkan bakal menerajui parti politik tersebut.

“Kita akan ada mesyuarat Khamis ini, jam 3 petang dengan semua pemimpin Pakatan Harapan untuk perbincangan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Kita dapat respons positif daripada pembangkang,” katanya lagi.

Cadangan penubuhan sebuah parti baharu itu timbul beberapa minggu selepas Muhyiddin dan anak lelaki Mahathir, Datuk Seri Mukhriz dipecat daripada UMNO kerana secara terang nyata bekerjasama dengan pihak pembangkang.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata Muhyiddin dan Mukhriz tidak akan hadir pada mesyuarat itu kerana berada di luar negara, manakala bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal juga telah pun dijemput untuk datang.

Shafie meninggalkan UMNO dua minggu lalu selepas digantung oleh Majlis Tertinggi ketika kedudukan beliau dalam parti sebenarnya masih ‘cerah’ susulan muncul mengejut membantu BN pada kempen dua PRK baru-baru ini.

Hakikatnya, penubuhan parti baharu oleh Mahathir sebetulnya menunjukkan beliau amat kecewa ‘pelan’ disusun agar Muhyiddin menjadi proksi dalam Pakatan Harapan musnah hanya kerana ego pembangkang enggan berubah.

Bayangkanlah jika Muhyiddin menjadi ketua pembangkang baharu, Mahathir tiada keperluan mewujudkan sebuah parti lain semata-mata dendam akibat teruk ‘dimalukan’ BN ketika Pilihan Raya Sarawak dan dua PRK bulan lalu.

Realitinya pembentukan parti pembangkang baharu itu turut membuktikan Mahathir sendiri secara tersirat tidak percaya kepada kewibawaan para pemimpin DAP, PKR dan PAN untuk menumbangkan BN pada PRU ke-14 kelak.

Walhal, pembangkang pernah berjaya bentuk kerajaan di lima negeri selepas PRU ke-12 pada 2008 ketika Mahathir masih lagi dalam BN sehingga beliau terpaksa ‘keluar’ UMNO seketika sebelum menyertai semula pada 2009 lalu.

Justeru, timbul persoalan mampukah parti terkecil dan termuda dalam pakatan pembangkang itu hidup lama atau ia bakal menjadi seperti parti-parti serpihan lain yang akan mati awal tanpa ada batu nisan? – Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori