Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sindiket Seludup Burung Pandai...

VALLETTA - Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mengkhusus kepada alam sekitar mendakwa...

Cuaca Diramal Baik Semasa...

KUALA LUMPUR - Cuaca di seluruh negara diramalkan baik dengan hanya satu dua...

Mindef Pastikan Pendidikan Warga,...

KLUANG - Kementerian Pertahanan (Mindef) komited untuk memastikan agenda pendidikan anak warga dan...

RM90,000 Baik Pulih Pendawaian...

MELAKA - Suruhanjaya Tenaga (ST) memperuntukan sebanyak RM90,000 bagi membaik pulih sistem pendawaian...

Kehilangan Kakak Di 1 Syawal, Aidilfitri Sweet Farhana Suram

MENGIMBAS kembali kenangan buruk yang berlaku pada pagi Aidilfitri tahun tahun lalu, aktres remaja Sweet Farhana mengakui masih trauma dengan kejadian tersebut.

Dalam kejadian tersebut, kakak Sweet, Farhana Qistina Supandi atau mesra disapa sebagai Pearl maut apabila kereta yang dinaiki mereka sekeluarga terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri di Jalan Kuching.

“Kami sekeluarga masih merasai kesedihan itu. Kami kehilangan ayah tersayang 7 tahun lalu dan semenjak itu perayaan kami sekeluarga sangat sederhana.

“Tahun lalu pula kami kehilangan kakak saya dan bila sebut mengenai raya, semua ahli keluarga saya pasti teringat dengan kejadian itu.

“Hari raya paling dinanti oleh orang lain untuk bergembira tetapi ia merupakan hari yang paling berduka dan suram buat kami,” kata Sweet, 19; kepada Astro Gempak.

Tambahnya lagi, jika dia boleh kembali ke waktu dahulu bersama-sama kakaknya itu, dia mahu mengalah dan tidak mahu bertengkar dengan kakaknya lagi.


“Saya mahu lebihkan masa dengan kakak dan mahu memahami kakak. Saya akan sediakan apa yang kakak saya mahu,” cerita Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi.

“Saya mahu mengalah dengan dia kerana sebagai seorang kakak, dia banyak mengalah dengan kerenah saya. Dia merupakan insan yang sangat baik,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori