Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Malaysia Raih 2 Emas...

PUTRAJAYA - Dua perenang negara, Kevin Yeap Soon Choy dan Heidi Gan melakar...

“Saya Rasa Terhina” –...

PIHAK yang cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebenarnya merupakan seorang individu...

Arwah Hubungi Bapa Minta...

PORT DICKSON - “Kali terakhir saya bercakap dengan arwah anak melalui telefon dua...

Tiada Keperluan Panggil 3...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara hari ini menjelaskan tiada keperluan ketika ini...

Kenderaan Di Lebuh Raya Meningkat, Aliran Trafik Terkawal

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara masih terkawal setakat 12 tengah hari ini walaupun banyak kenderaan dilaporkan keluar dari ibu negara menuju destinasi masing-masing.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata trafik sedikit sesak di beberapa plaza tol menghala ke pantai timur iaitu di Plaza Tol Gombak dan Karak.

“Keadaan trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 juga terkawal tanpa sebarang masalah di kedua-dua arah,” katanya.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd pula memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke utara terkawal namun bergerak perlahan di beberapa kawasan.

“Trafik perlahan dari Tapah ke Gopeng dan dari Jelapang ke Terowong Menora disebabkan jumlah kenderaan yang tinggi,” katanya.


Trafik di Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh dan Rawang pula dilaporkan terkawal setakat tengah hari, katanya sambil menambah trafik dari ibu negara menghala ke Seremban juga terkawal walaupun jumlah kenderaan semakin meningkat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori