Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

558 Rakyat Malaysia Selamat...

PUTRAJAYA - Seramai 558 orang rakyat Malaysia selamat tiba di Malaysia dari Chennai...

Polis Tahan 2 Lelaki,...

PAPAR - Polis menahan dua lelaki dan merampas satu senapang buatan sendiri atau...

Anggota Majlis MPSJ Dipenjara...

SHAH ALAM - Seorang bekas anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dijatuhkan hukuman...

Zaid Bakal Dilantik DAP...

BONGKAR... DAP didakwa merancang 'angkat' Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor baharu...

Kerajaan Cari Kaedah Baharu Kawal Harga Ayam

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mencari kaedah baharu bagi memastikan pengguna tidak mudah dimanipulasi pemborong dan pembekal ayam yang mengambil kesempatan menaikkan harga ayam setiap kali musim perayaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata jalan penyelesaian yang komprehensif diperlukan supaya pembekal dan pemborong lebih beretika melakukan perniagaan.

“Memang terdapat pelbagai inisiatif yang dijalankan kerajaan bagi mengawal harga ayam, termasuk penubuhan MyFarm Outlet dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, misalnya membuka peluang bagi pembeli membeli terus hasil pertanian, namun kenaikan harga tetap berlaku.

“Jadi kami akan bincangkan kaedah baharu ini di peringkat kementerian terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan,” katanya kepada pemberita di sini, tanpa mengulas lanjut mengenai kaedah baharu itu.

Hamzah mengulas mengenai harga ayam di seluruh negara yang didapati naik mendadak sehingga RM10 sekilogram sejak Khamis lalu berbanding harga kawalan RM7.90.

Hamzah berkata KPDNKK akan mengambil pandangan semua pihak bagi memastikan kaedah baharu itu bukan sahaja menguntungkan pengguna malahan adil buat pembekal dan pemborong.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman yang mengulas isu sama berkata pengguna boleh memainkan peranan dalam membantu mengurangkan permintaan ayam dengan memilih sumber makanan lain seperti ikan dan sayuran.

“Kita sedia maklum permintaan terhadap ayam meningkat pada musim perayaan dan kita masih tidak tahu adakah kenaikan itu disebabkan jangkitan virus yang dialami haiwan ternakan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Peningkatan harga ayam sebelum ini dikaitkan dengan wabak bronkitis berjangkit (IB) atau sakit kerongkong ayam namun sehingga kini ia belum disahkan.

Pendapat sama disuarakan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan yang menasihatkan agar pengguna tidak membeli ayam di kala harga melambung naik.

“Jangan beli atau kurangkan pembelian ayam pada masa ini. Pengguna perlu bijak buat penyesuaian bergantung kepada keadaan semasa.


“Ditambah lagi dengan penyakit ayam yang tersebar, ia memberi risiko kepada pengguna,” katanya yang menyifatkan orang ramai perlu menunjukkan kepentingan kuasa pengguna agar peniaga tidak dapat mengambil kesempatan sewenang-wenangnya.

Sementara itu, pemilik Subang Ayam Segar Enterprise, Mohd Shafie Nasip dari Kampung Melayu Subang, Shah Alam berkata beliau turut terbeban dengan kenaikan harga ayam yang yang dikenakan oleh pembekal memandangkan permintaan untuk ayam sempena Aidilfitri tahun ini meningkat kepada 1,000 ekor berbanding 700 ekor tahun lalu.

“Harga yang dikenakan pada masa sekarang ini adalah RM6.40 setiap sekilogram (kg) ayam hidup. Biasanya harga yang dikenakan kurang daripada RM6 untuk setiap kg.

“Sebagai peruncit yang berniaga di kawasan kampung, saya tidak boleh naikkan harga terlalu tinggi kerana pengguna akan merungut dan susah bagi kami (peniaga) untuk menetapkan harga,” katanya.

Pengurus operasi Dinding Poultry Development Central Sdn. Bhd. (DPDC), Chua Han Peng berpendapat penyakit IB yang diperkatakan mungkin hanya berlaku di beberapa kawasan tertentu sahaja, dan khuatir terdapat ‘orang tengah’ yang cuba mengaut keuntungan berlebihan ekoran isu itu.

Katanya setakat ini ternakan ayam syarikat itu tidak berhadapan masalah kerana mempunyai doktor veterinar bertauliah yang memantau tahap kesihatan ayam.

“Selain itu Jabatan Veterinar sering membuat pemeriksaan bagi memastikan ternakan berada dalam keadaan terbaik dan sedia untuk dipasarkan kepada pemborong,” katanya yang membekalkan kira-kira 80,000 ekor ayam proses ke kilang di seluruh negara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ayam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori