Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Salih Yaacob: Pernah Buat...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles APABILA beliau berada di atas pentas dan beraksi, sukar...

Sukan SEA 2017: Fatin...

KUALA LUMPUR - Pemanah compound wanita negara, Fatin Nur Fatehah Mat Salleh bertekad...

Ribut Khanun Bakal Mengganas

KUALA LUMPUR- Jabatan Meteorologi (Met Malaysia), hari ini mengeluarkan amaran tahap kedua angin...

Rapid KL Bakal Mencetuskan...

KUALA LUMPUR - Rapid KL bakal mencetuskan 'drama' melalui satu pergaduhan dalam tren...

Kerajaan P.Pinang Digesa Gantikan LRT Dengan Projek Trem

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri pimpinan DAP hari ini disaran melaksanakan projek trem moden dan Transit Bas Rapid (BRT) menggantikan transit rel ringan (LRT) yang mahal dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Saranan itu dibuat oleh Penang Forum, gabungan badan-badan masyarakat sivil yang memperjuangkan kepentingan awam.

Naib Presiden Penang Heritage Trust, Khoo Salma, seorang anggota Penang Forum berkata sistem LRT tidak sahaja jauh lebih mahal untuk dibina, tetapi kos untuk operasi dan senggaraan dua hingga tiga kali lebih besar berbanding trem.

Beliau berkata Penang Forum juga mendedahkan pelan itu di laman webnya www.bettercheaperfaster.my, yang lebih termampu oleh rakyat, bersama petisyen kepada kerajaan negeri supaya membatalkan PTMP.

“PTMP kerajaan negeri dijangka menelan kos hingga RM46 bilion sedangkan cadangan kami hanya melibatkan kos satu pertiga dari jumlah itu.

“Kami amat terkejut kerana kurangnya penjelasan dan ketelusan berhubung isu kemampuan kewangan dan risiko kewangan yang besar untuk projek PTMP itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut mempengerusikan sidang akhbar itu ialah anggota Penang Forum, Anil Netto dan ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang Dr Lim Mah Hui.


Lim bagaimanapun berkata, PTMP, yang akan dilaksanakan oleh rakan pelaksana projek SRS Consortium, adalah berbeza dari pelan yang dicadangkan oleh perunding kejuruteraan, Halcrow.

Beliau berkata Penang Forum sedang menggubal satu pelan alternatif untuk PTMP dan akan dikemukakan kepada kerajaan negeri dalam empat bulan akan datang.

Mega projek bernilai RM27 bilion itu mencadangkan penyelesaian terhadap masalah lalu lintas di Pulau Pinang yang membabitkan sistem pengangkutan bersepadu, landasan LRT, perkhidmatan bas, feri dan teksi air dan terowong dasar laut.

Sistem itu yang menghubungkan pulau ini dengan tanah besar menerima kritikan hebat berikutan ia melibatkan beberapa rancangan penambakan laut.

Beberapa pihak menyatakan bantahan kerana ini akan menjejas mata pencarian nelayan dari lebih 10 perkampungan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori