Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Comel… Kucing Juga Boleh...

CHINA - Gelagat seekor kucing melakukan senaman 'sit up' di bawah sebuah kereta...

Malaysia Raih Perak Acara...

NILAI – Malaysia kempunan untuk mempertahankan emas acara Lepas Beramai-Ramai Individu Lelaki dan...

Akar Umbi PKR Berpecah...

SOKONGAN akar umbi terhadap pemimpin PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida...

450 Positif Covid-19 Di...

SEBANYAK 450 kes positif jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dikesan dari tiga kawasan yang...

Kerap Muncul Di TV Buat Pelakon Cepat Tak Laku

PELAKON Zul Ariffin menyifatkan tindakan sesetengah pelakon baharu yang gemar membolot segala tawaran kerja akan menyebabkan karier seni mereka tidak bertahan lama.

Menurut aktor berbadan sasa itu, ianya boleh menyebabkan penonton cepat berasa bosan dengan kemunculan mereka di kaca televisyen.

“Saya lihat kebanyakan pelakon baru sekarang gemar membolot setiap tawaran yang datang sehingga wajah mereka kerap muncul di setiap stesen televisyen secara serentak. Bagi saya, apabila terlalu kerap muncul di televisyen ia boleh menjatuhkan nilai eksklusif seseorang pelakon.

“Jadi apabila muncul pelakon yang lebih baru, nama mereka akan lenyap dengan sekelip mata. Pengalaman menjadi model iklan komersil sejak berusia 17 tahun banyak mengajar saya mengenai perkara itu.

“Bagi saya, apabila terlalu terdedah di depan kamera ia akan melenyapkan karier seseorang itu kerana khalayak mula bosan dengan wajah yang sama,” katanya, memetik laporan Harian Metro.


Zul yang namanya mula menjadi sebutan ramai menerusi drama Rindu Awak 200 Peratus sekarang sedang sibuk menjalani penggambaran filem aksi berjudul J Revolusi.

Filem itu turut dibintangi Farid Kamil, Nur Fazura, Izara Aisyah dan Ezad Jasmin. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori