Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Saya Mampu Buat Lebih...

KUCHING - Ng Yan Yee yang memenangi pingat emas dalam final papan anjal...

Wakaf Boleh Majukan Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Wakaf boleh memain peranan penting dalam usaha negara untuk membangunkan...

Sultan Kedah Berkenan Ziarah...

KUALA LUMPUR - Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini...

Dinar Tertera Nama Allah,...

LONDON - Saiznya mungkin wang syiling satu euro namun dinar berusia 1,200 tahun...

Kes 3 Beranak Maut Disiasat Sebagai Kes Bunuh

KUCHING – Kes penemuan mayat dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun serta ibu mereka di sebuah rumah di Kampung Baru, Kota Samarahan malam tadi kini disiasat sebagai kes bunuh dan bukan lagi mati mengejut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata ia disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata ketiga-tiga mayat tiga beranak itu kini berada di Hospital Umum Sarawak untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mereka.

Baca: Ibu Dipercayai Bunuh Dua Anak Di Samarahan

“Polis akan meneliti laporan bedah siasat bagi memastikan sama ada berlaku pelakuan jenayah dalam kes tersebut,” katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian itu, pihak polis menemukan dua kanak-kanak berkenaan dalam bilik tidur dengan yang berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia, manakala yang berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Jantung Kota Samarahan.


Turut ditemui dalam bilik tidur itu ialah sejenis cecair peluntur yang disyaki diberikan kepada kanak-kanak berkenaan.

Seorang wanita yang dipercayai ibu mereka yang berusia 37 tahun didapati menggantung diri di dalam bilik tandas rumah tersebut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori