Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pembalak Temui Cendawan Lingzhi...

Hanoi - Seorang pembalak menemui cendawan Lingzhi gergasi seberat hampir 70 kilogram dipercayai...

Syor RCI Pondok Pak...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pasukan Petugas Khas...

1MDB: Kerajaan Serius Cari...

SERDANG - Proses pengauditan dilaksanakan Ketua Audit Negara terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB)...

Sebar Berita Palsu, Fuziah...

AHLI Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor...

Kes Keganasan Rumah Tangga Naik Setiap Bulan

KUALA LUMPUR – Kes keganasan rumah tangga yang dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur meningkat setiap bulan iaitu sebanyak 30 peratus atau kira-kira 150 kes.

Ketua jabatan itu Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata kes-kes berkenaan dirujuk ke pusat khidmat bersepadu jabatan itu bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan.

“Setiap hari ada kes. Jika dibandingkan dahulu hanya ada 10 hingga 20 kes sahaja. Kebanyakan kes yang dilaporkan adalah kes rogol, penderaan terhadap kanak-kanak, cabul dan liwat.

“Mangsa akan dibawa ke pusat khidmat bersepadu untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata antara punca yang menyebabkan kes berkenaan meningkat adalah kerana masalah ekonomi dalam institusi keluarga, tekanan psikologi yang dialami pasangan suami isteri serta mekanisme menjalankan tanggungjawab dalam keluarga seperti penjagaan anak kecil.

Dr Abu Hassan berkata masalah pengaruh alkohol dan dadah juga menjadi faktor utama menyebabkan wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa keganasaan dan penderaan.


“Seperti kes rogol, antara faktor menyebabkan kes itu berlaku adalah sikap lelaki terhadap wanita; pengaruh pornografi, alkohol dan dadah, pergaulan bebas dan tanpa batasan, keruntuhan akhlak serta kurang pegangan agama,” katanya.

Beliau berkata pusat khidmat bersepadu yang diwujudkan pada 1994 di bawah jabatan itu berperanan untuk memberi rawatan dan khidmat psikologi kepada mangsa dengan kaedah rawatan yang holistik.

“Kita amat menjaga kepentingan mangsa dari segi psikologi dan juga maruah pesakit dan tidak mendedahkan kepada umum lokasi rawatan dijalankan di jabatan itu bagi melindungi pesakit,” katanya.

Menurutnya, pusat berkenaan turut menyediakan kaedah rawatan yang holistik dan memberikan kerjasama dengan pelbagai pihak antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak polis serta unit forensik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori