Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Mustafa Bangga Dengan Transformasi...

PUTRAJAYA - Pencapaian dilakar Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sejak tiga tahun lepas menjadi...

Doktor Sempat Bergambar Ketika...

TAK tahu apa yang terlintas di fikiran seorang doktor apabila dia tergamak bergambar ketika...

Kerajaan Berunding Dengan China...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang berunding dengan China untuk menambah kapal dalam misi...

AirAsia Jepun Lancar Laluan...

KUALA LUMPUR - AirAsia Jepun, anak syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia akan...

Kes Tembak Ejen Hartanah, Lagi Suspek Ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang pekerja kilang yang disyaki terlibat dalam kes seorang ejen hartanah wanita yang maut ditembak di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, 6 Julai lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika mengesahkan perkara itu berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di Tampoi, Johor pada Sabtu lalu.

“Suspek ini dalam tahanan reman sehingga Khamis ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Bagi tangkapan awal, lapan individu yang ditahan reman sehingga hari ini akan disambung reman bagi membantu siasatan,” katanya.


Amar Singh berkata polis masih mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

Pada hari kejadian, Datin Wong Siew Ling, 32, maut di tempat kejadian manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditembak dalam kejadian kira-kira 2.30 petang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori