Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

2 Pasangan Suami Isteri...

CHANGLUN - Polis Kedah menahan dua pasangan suami isteri yang sedang menaiki dua...

Beri Layanan Baik Terhadap...

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyeru...

Berjuta Labah-Labah Jatuh, Hujani...

NGERI..itulah perasaan yang dapat digambarkan oleh penduduk di pekan kecil di Australia selepas...

Wanita Buat Kandungan Lucah...

Kuala Lumpur : Seorang wanita yang juga pentadbir sebuah kumpulan Telegram tampil membuat...

Khairul Hafiz Pecah Rekod 200M Sukma Milik Nazmizan

KUCHING – Raja Pecut Sukma, Khairul Hafiz Jantan membuktikan seleranya belum berkurangan apabila berjaya memecahkan rekod kejohanan acara 200 meter petang ini, kurang 24 jam selepas mencipta rekod kebangsaan 100m.

Catatan 21.14 saat di pusingan separuh akhir acara 200m di Stadium Sarawak itu mengatasi rekod 14 tahun milik bekas pelari pecut negara berasal dari Terengganu, Nazmizan Muhammad iaitu 21.33s yang dilakukan di Sukma 2002 di Sabah.

Persembahan cemerlang Khairul Hafiz itu pasti menjanjikan sesuatu yang menarik di final yang akan diadakan pada pukul 9.30 pagi esok.

“Insya’Allah…saya akan cuba buat yang lebih baik esok,” katanya kepada pemberita.

Atlet berusia 18 tahun dari Melaka itu pernah mencatat masa 21.01s di separuh akhir Kejohanan Remaja Asia ke-17 di Ho Chi Minh, sebelum berpuas hati dengan 21.15s di perlumbaan akhir untuk membawa pulang pingat perak.

Ketika ini rekod kebangsaan 200m masih milik Tan Sri M. Jegathesan iaitu 20.92s yang dicatat di temasya Sukan Olimpik 1968 di Mexico.

Atlet muda itu kini menjadi sebutan selepas berjaya memecahkan rekod 100m 10.30s berusia 18 tahun milik Watson Nyambek dengan catatan baharu 10.18s, semalam.


Sementara itu, rakan sepasukannya, Badrul Hisyam Abdul Manap turut layak ke final apabila menamatkan larian dalam masa 21.31s dalam saingan separuh akhir kedua, catatan yang turut mengatasi rekod Nazmizan.

Peserta tuan rumah, Jonathan Nyepa yang juga pemenang pingat perak acara 100m semalam, turut layak ke final dengan catatan 21.50s.

Turut menempah slot di final ialah Muhammad Solihin Jamali dari Wilayah Persekutuan, Mohd Ikmal Ismail (Perlis), Muhammad Aqil Yasmin (Selangor), Muhammad Haikal Hanafi (Negeri Sembilan) dan Tonga Jody Edmund (Sabah). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori