Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sasaran 80 Peratus Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 80 peratus daripada kanak-kanak berumur 7...

Mahkamah: Warga India Didakwa...

LABUAN - Seorang warga India dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Bomba Bawa Ibu Orang...

GUA MUSANG - Seorang ibu masyarakat Orang Asli dari Pos Simpor di sini...

Korban Puting Beliung Di...

ANKARA: Angka korban akibat puting beliung yang melanda Kentucky, Amerika Syarikat mungkin meragut...

Kisah Wanita Berhati Mulia, Menjaga 3 Kucing Buta

SEBAGAI manusia kita pasti ingin memiliki binatang peliharaan yang lucu, comel dan ada bentuk tubuh sempurna. Namun perkara tersebut tidak dilakukan seorang wanita, Catherine Magno.

Menurut portal boredpanda, kisahnya bermula apabila tiga ekor kucing ditemui penduduk di sebuah gudang kosong di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Disember 2014.

Ketiga-tiga haiwan tersebut kelihatan berjuang sendiri setelah kehilangan penglihatan kerana dijangkiti flu kucing yang ketika itu tidak langsung dirawat oleh pemilik sebelumnya.

Kucing itu ditempatkan di rumah pengasuh kucing. Kucing yang bernama Blue dipertimbangkan terlebih dahulu oleh seseorang tanpa kedua-dua kucing yang lain.

Kemudian Blue terus menangis dan akhirnya dihantar kembali bersama kucing bernama Meadow dan Willow.

Pada 19 Februari 2015, Catherine tertarik dengan ketiga-tiga kucing itu dan berniat untuk memelihara mereka.

“Kisah mereka menyentuh hati saya, sehingga saya tidak tahan membayangkan mereka dimasukkan ke dalam klinik haiwan tanpa kemudahan dan batas waktu atau bahkan lebih buruk,” kata Catherine.


Kisah Wanita Berhati Mulia, Menjaga 3 Kucing Buta

Setelah setahun dipelihara oleh Catherine, kini ketiga-tiga kucing buta itu telah sihat, aktif dan ceria seperti kucing biasa yang lain.

Mereka juga dapat belajar dengan cepat untuk mengenali benda-benda di sekelilingnya, walaupun buta, tetapi haiwan itu mampu melihat melalui hati mereka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori