Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Analisis: Mental Masyarakat Semakin...

KUALA LUMPUR - "Will go through retrenchment, again... kuatkanlah hatiku,". (Akan berdepan pemberhentian...

JPNP Gagalkan Cubaan Pindah...

Bentong : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menggagalkan cubaan sindiket membawa keluar balak...

7 Adun PH Cadang...

Pakatan Harapan (PH) Sabah menyarankan agar satu kerajaan perpaduan dibentuk di negeri itu...

Seret, Tarik Rambut Pelajar,...

KEJADIAN buli di kalangan pelajar bukanlah satu perkara baharu, namun satu kejadian yang...

Laluan Kontra Putrajaya – KL Di Lebuh Raya MEX

KUALA LUMPUR – Maju Expressway Sdn. Bhd. (Maju Expressway) akan melaksanakan percubaan laluan kontra di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Putrajaya (Lebuh Raya MEX) bermula esok hingga 25 Ogos ini.

Jabatan Komunikasi Korporat dan Komersial Maju Expressway dalam satu kenyataan media berkata, laluan kontra itu bermula dari KM11.5 sehingga KM7.9 (arah Utara ke Kuala Lumpur).

“Ia dijangka dapat mewujudkan aliran trafik yang lebih lancar untuk semua pengguna Lebuh Raya MEX. Laluan kontra ini dibuka untuk kenderaan ringan sahaja yang datang dari arah Putrajaya menuju ke Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, lorong kontra berkenaan akan dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pada pukul 7 hingga 9 pagi.

Jelas kenyataan itu, percubaan aliran kontra itu bertujuan untuk mengurangkan masa perjalanan dan memberi manfaat kepada pengguna semasa waktu puncak.


“Pelaksanaan laluan kontra ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kesesakan lalulintas kesan dari peningkatan aliran trafik,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori