Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pelan Hala Tuju Teknologi,...

KUALA LUMPUR : Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara 2021-2025 akan...

Alkisah ‘Datin Tapau’ Di...

KISAH tetamu membungkus makanan atau 'tapau' selepas menghadiri jamuan sememangnya sudah jadi kebiasaan, malah...

Polis Tahan Suami Belasah...

MIRI - Seorang penternak ayam telah ditahan polis kerana memukul isterinya dengan tali...

Jambatan Angkat Bawa Limpahan...

KUALA TERENGGANU - "Negeri Terengganu ada, negeri awok ada dok?" Ia antara usikan kebanyakan...

Laman Web Pembekal Kasut Putera George Digodam

HEBAT sungguh penangan populariti putera raja cilik ini!

Terlalu popular, sehinggakan laman sesawang syarikat kasut Start-rite, yang merupakan pembekal sepatu untuk Putera George, cucunda pemerintah United Kingdom, Ratu Elizabeth II dilaporkan telah digodam dengan teruk.

Syarikat tersebut, yang berpangkalan di Norwich, England mengumumkan bahawa maklumat puluhan ribu pelanggan termasuk nama, alamat penghantaran, nombor telefon dan alamat e-mel telah dicuri oleh penggodam.

Star-rite, yang telah ditubuhkan sejak tahun 1792, kemudian telah bertindak pantas menghantar e-mel peringatan kepada pelanggannya untuk memberi amaran bahawa telah berlaku isu keselamatan pada laman sesawangnya.

Laman Web Pembekal Kasut Putera George Digodam
Prince George memperagakan sepatu Start-ritenya dengan gaya paling comel.

Firma tersebut turut telah menghentikan operasi laman sesawangnya buat masa ini setelah memaklumkan insiden godam tersebut kepada pihak polis tempatan dan Pesuruhjaya Informasi.

Jenama berusia 224 tahun kembali mendapat perhatian ramai selepas pewaris takhta empayar Britain itu dilihat menggayakan model Jo, iaitu kasut sarung jenis T-bar ketika bergambar dengan moyangnya, Ratu Elizabeth II.

Anakanda lelaki Putera William dan Kate Middleton itu turut memperagakan kasut yang sama ketika sesi bergambar sempena Hari Natal tahun lalu.


Selepas foto-foto keluarga diraja itu disiarkan, model kasut itu terlalu laris di pasaran sehingga habis licin terjual malahan perlu diulang stok baharu.

Laman Web Pembekal Kasut Putera George Digodam
Pewaris takhta empayar Britain itu dilihat menggayakan kasut itu ketika bergambar dengan moyangnya, Ratu Elizabeth II.

Sebenarnya, ada dua perkara yang menarik dalam isu godam ini. Pertama, hanya di Britain anak rajanya bangga memakai sepatu buatan tempatan berharga walaupun hanya £37 (kira-kira RM196).

Dan kedua, keadaan ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada rakyatnya untuk menyokong produk keluaran tempatan sekal igus membangunkan ekonomi negara tersebut.

Dalam keadaan ekonomi yang tenat kini pasca-Brexit, langkah diambil keluarga Diraja ini dilihat bijak dan amat sensitif terhadap bebanan kos sara hidup warga Britain hari ini. Sesuatu yang kita boleh pelajari di Malaysia, mungkin? - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori