Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Miliki 98 Liter Ubat...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa empat anak didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di...

Ajaran ‘Sahadah Ilah’ Bertentangan...

NILAI - Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan membuat keputusan baru-baru ini bahawa ajaran 'Sahadah...

China Had Eksport Minyak...

BEIJING - China akan mengehadkan eksport produk minyak ditapis ke Korea Utara bermula...

Syed Saddiq Tubuh Parti...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mengesahkan beliau tidak...

Lapangan Terbang P. Pinang Dilanda Banjir Kilat

BAYAN LEPAS – Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dilanda banjir kilat semalam akibat hujan lebat sehingga menyebabkan air melimpah ke balai ketibaan, lapor media tempatan.

Balai ketibaan aras bawah dan beberapa premis perniagaan di lapangan itu dimasuki air dari sistem perparitan yang melimpah kira-kira jam 4 petang.

Banjir itu juga menyebabkan kesesakan  yang teruk apabila penumpang yang baharu tiba di balai ketibaan terpaksa naik ke balai pelepasan selepas laluan ke balai ketibaan ditutup dan tidak dapat dimasuki kenderaan ringan.

Keadaan di LTAPP dilaporkan terkawal dan segala perkhidmatan limosin serta bantuan yang diberikan berjalan dengan lancar.

Air mulai surut kira-kira jam 6 petang dan kakitangan LTAPP bergotong royong membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir tersebut.

Kesemua penerbangan yang menuju dan berlepas dari LTAPP bagaimanapun masih beroperasi seperti yang dijadualkan tanpa sebarang masalah dan kelewatan. – MYNEWSHUB.CC


Lapangan Terbang P. Pinang Dilanda Banjir Kilat

Lapangan Terbang P. Pinang Dilanda Banjir Kilat

Lapangan Terbang P. Pinang Dilanda Banjir Kilat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori