Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cinta Antara Dua Darjat,...

SEORANG gadis, Madhu telah dibunuh oleh keluarganya hanya kerana dia bercinta dengan seorang...

Projek Terowong: ‘Datuk’ Bebas...

PUTRAJAYA - Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' yang direman berhubung kes menerima rasuah...

Pelajar Korea Puji Pusat...

BAGAN DATUK – Sekumpulan pelajar dari Korea Selatan memuji usaha kerajaan Malaysia mewujudkan...

Noh Omar Dianugerahi Pangkat...

PUTRAJAYA - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar...

Laporan Akhbar Metro Kelihatan Menipu – JDT

KUALA LUMPUR – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membidas laporan sebuah akhbar bertajuk “Apa cerita Johor DT?” yang disiarkan semalam.

Kelab bola sepak JDT dalam satu kenyataan media berkata, akhbar berkenaan dan penulisnya menyiarkan berita itu kerana mahu menjual surat khabar dengan fakta yang tidak benar.

“Inilah akibatnya apabila pihak media sentiasa mementingkan jualan akhbar mereka semata-mata berbanding memberikan maklumat yang betul kepada pembaca,” kata kenyataan itu hari ini.

Akhbar Harian Metro semalam melaporkan pasukan Selangor masih menanti maklum balas Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mengenai kedudukan sebenar tonggak pertahanan kanan, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Menurut sumber rapat Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), JDT sehingga kini masih berdiam diri walaupun pintu perbincangan sudah dibuka untuk mereka membawa keluar pemain kebangsaan itu dengan beberapa syarat termasuk pampasan kontrak RM2 juta.

Kelab bola sepak JDT seterusnya berkata, pasukan itu masih berurusan bersama pihak Selangor mengenai butir-butir lanjut tentang pemain mereka dan kedua-dua pihak masih berhubung antara satu sama lain tanpa perlu didedahkan kepada pihak media.


“Penulis artikel tersebut dari akhbar Harian Metro tidak perlu mereka cerita yang tidak sahih jika tiada maklumat terperinci mengenai perbincangan tersebut dan ia seperti sengaja menghangatkan kembali isu tersebut serta kelihatan seperti menipu pembaca,” kata JDT.

Sementara itu, Pengarah Sukan Kelab Bola Sepak JDT, Alistair Edwards berkata, pasukannya telah menandatangani perjanjian penajaan kit yang paling mahal untuk tempoh tiga tahun bermula pada tahun 2017.

“Buat masa ini kami tidak boleh mendedahkan harga tawaran mahupun jenama tersebut bagi menghormati penaja kit semasa,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori