Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TH Mampu Bayar Hibah...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) yang mencatatkan prestasi kewangan yang amat...

Ahli Majlis MDSR Diingat...

KLUANG - Seluruh warga Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) termasuk ahli majlisnya diingatkan...

Tujuh Nelayan Filipina Hilang...

MANILA: Pasukan penyelamat giat menjalankan operasi mencari serta menyelamat tujuh nelayan yang hilang...

Tiada Laporan Rasmi Rakyat...

PUTRAJAYA - Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York masih belum menerima sebarang...

Lara Alana Masih Belum Sedia Terima Adik – Awal Ashaari

PENGACARA Awal Ashaari mengakui dia dan isteri, Scha Alyahya masih belum mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata kerana bagi mereka, Lara Alana masih belum bersedia untuk menerima adik buat masa ini.

“Buat masa ini belum ada perancangan menambah cahaya mata kerana Lara belum bersedia untuk ada adik. Dia masih memerlukan kasih sayang dari saya dan Scha.

“Lara seorang yang sensitif dan cepat merajuk. Jika dia ada adik dalam masa terdekat, kasih sayang kami akan terbahagi,” katanya kepada mStar.

Tambahnya, dia berasakan masih kurang memberi kasih sayang yang sepatutnya diberikan kepada anaknya itu.


“Saya rasa masa bersama dengan dia sangat singkat dan banyak perkara yang saya terlepas sehingga kadang-kadang saya cemburu melihat dia belajar sesuatu perkara baru dengan orang lain.

“Sepatutnya pada usia Lara yang masih kecil, kami perlu sentiasa berada di sisinya, sebab itu saya kata bagi masa dia besar sikit untuk ada adik lain,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori