Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Remaja Maut Di Funfair...

REMAJA perempuan yang maut terjatuh ketika bermain di sebuah taman tema (funfair) pernah...

Kedutaan Malaysia Di Indonesia...

JAKARTA - Kira-kira 100 petugas dan ahli keluarga di Kedutaan Besar Malaysia di...

“Jelas Sekali Itu Bukan...

JAGUH badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan dirinya terlibat dalam sebuah...

“Saya Rasa Terhina” –...

PIHAK yang cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebenarnya merupakan seorang individu...

Larang Penggunaan Pembesar Suara Di Masjid Selangor?

KUALA LUMPUR – Satu surat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan sebuah surau di negeri itu supaya memperlahankan pembesar suara kerana didakwa mengganggu ketenteraman orang ramai kini tersebar di media sosial.

Surat menggunakan kepala surat JAIS beralamat di Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5, Shah Alam itu bertajuk Mohon Pihak Surau Al-Falah Kampung Baru Kundang, Rawang Memperlahankan `Volume’ Pembesar Suara.

“Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Masjid (JAIS) telah menerima aduan daripada penduduk setempat. Sehubungan itu, JAIS meminta pihak Surau Al-Falah memperlahankan `volume’ pembesar suara yang telah mengganggu masa rehat penduduk.

“Pembesar suara tersebut juga hendaklah digunakan di dalam surau sahaja ketika bacaan Al-Quran dan kuliah,” tegas JAIS dalam surat itu.

Larang Penggunaan Pembesar Suara Di Masjid Selangor?

JAIS dalam surat itu seterusnya meminta pihak Surau Al-Falah di Kampung Baru Kundang, Rawang itu tidak mengulangi perbuatan tersebut dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan JAIS.

Surat yang sedang tersebar di media sosial itu didakwa ditandatangani oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS, Idris Ramli.


Surat yang belum dapat dipastikan kesahihannya itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang umat Islam ke atas polisi baharu di Selangor berhubung penggunaan alat pembesar suara di surau dan masjid jika ia benar.

Rata-rata mereka mempersoalkan sama ada Selangor yang ditadbir oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mencontohi polisi di Pulau Pinang berhubung penggunaan alat pembesar suara di Masjid dan Surau.

Pada tahun lalu, semua surau dan masjid di Pulau Pinang yang ditadbir DAP tidak lagi dibenarkan menggunakan pembesar suara di bahagian luar selain untuk azan dan iqamat selepas larangan tersebut diwartakan di negeri itu.

“Kat Singapura dulu pun asalnya lebih kurang cenggini la jugak… Lama-lama azan pun tak boleh,” kata seorang netizen mengulas isu itu sebelum ini. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori