Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

BN W.Persekutuan Sasar 4...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan menyasarkan untuk memenangi empat lagi...

Polis Melaka Rampas Dadah...

MELAKA - Polis Melaka menahan dua lelaki dan merampas 60 biji pil eramin...

Padah Makan 54 Batang...

CUACA masa kini kadang-kala tidak menentu. Ada masa panas, ada masa sejuk, ada...

Jerebu: Tiada Sekolah Di...

KOTA KINABALU - Tiada sekolah di Sabah ditutup akibat jerebu setakat ini, kata...

Lebih 100kg Daun Ketum Cuba Diseludup

LANGKAWI – Polis Langkawi berjaya merampas 181 kilogram daun ketum yang cuba diseludup ke pulau itu dalam satu serbuan di Tanjung Lembung di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Dr Che Ghazali Che Awang berkata, pasukan unit narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi menahan sebuah kereta dan hasil pemeriksaan menjumpai 21 beg plastik putih dan tiga beg plastik hitam yang mengandungi semua daun ketum itu.

“Polis turut menahan seorang pemandu dan dua penumpang yang berumur antara44 dan 50 tahun kira-kira pada pukul 5.30 petang,” katanya pada sidang media di IPD Langkawi di sini, hari ini.

Katanya hasil ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada mereka adalah positif ganja.


“Nilai rampasan daun ketum itu sebanyak RM7,242 dan dipercayai daun ketum itu adalah untuk edaran di sekitar langkawi terutama di kawasan Ayer Hangat”, katanya.

Katanya kes itu disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1992 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 dan penjara empat tahun ataupun kedua-duanya sekali. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori