SEORANG lelaki yang berang apabila diejek seorang wanita kerana lemah tenaga batin bertindak membunuhnya sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam tong dan mencampakkannya.
Mayat Farah Nikmah Ridhallah, 23, ditemui berhampiran dengan plaza tol Pantai Indah Kapuk di Jakarta Utara, Indonesia dalam keadaan yang sudah membusuk di dalam sebuah tong plastik pada Selasa lalu.
Rakaman video litar tertutup (CCTV) berdurasi 1 minit 59 saat memaparkan seorang lelaki berbaju hitam menolak sebuah troli mengandungi bungkusan hitam memasuki lif dipercayai mengandungi mayat mangsa tersebar di laman sosial.
Susulan penemuan mayat itu, pihak polis tempatan telah menahan seorang ahli perniagaan, Calvin Soepargo, 42, kerana disyaki menjadi individu terakhir yang berjumpa dengan mangsa sebelum kejadian itu berlaku.
Menurut jurucakap polis, Awi Setiyono, ketika disoal siasat Calvin mengaku membunuh Farah selepas wanita itu bertindak menyingung kejantanannya.
“Kata-kata Farah itu menyebabkan Calvin marah dan dia terus memukul mangsa sebelum mencekik wanita itu hingga mati.
“Kerana panik, Calvin mengambil satu tong plastik dan menyumbat mayat mangsa di dalamnya sebelum dibuang,” jelasnya.
Tambah Awi lagi, suspek juga mengesahkan dia ada bertemu mangsa di sebuah apartmen di sini pada malam Jumaat lalu dan membuat hubungan seks.
Malah pada keesokkan harinya suspek juga mengajak mangsa untuk sekali lagi melakukan persetubuhan namun ditolak. Mangsa berkata,Ă‚Â “Kamu keluarnya (air mani) cepat, mengapa mahu teruskan lagi.”
Bagaimanapun, Calvin kini ditahan polis dan akan didakwa atas tuduhan membunuh. – MYNEWSHUB.CC