BERLIN – Seorang lelaki bersenjata kapak menyerang beberapa penumpang dalam sebuah kereta api di Bavaria menyebabkan antara 10 hingga 15 cedera dengan beberapa dilaporkan kritikal, demikian menurut polis.
Serangan berlaku dalam sebuah kereta api tempatan berdekatan Bandar Wuerzburg.
Khidmat kereta api antara Wurzburg-Heidingsfeld dan Ochsenfurt dilaporkan sudah ditutup, kata jurucakap polis.
Setakat ini belum ada sebarang petanda mengenai motif serangan itu. – REUTERS/BH ONLINE