Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

11,833 Syarikat Daftar GST...

ALOR SETAR - Sebanyak 11,833 syarikat di Kedah telah mendaftar dengan Jabatan Kastam...

MH17: Waris Atur Langkah,...

KUALA LUMPUR - Kunjungan peguam antarabangsa ke negara ini dalam usaha membantu menuntut...

Hisyam Hamid Bau Asap...

PENERAJU utama drama bersiri Isteri Vs Tunang, Hisyam Hamid mengakui dirinya merindui kerjaya...

Anak Sedih Hamster Mati,...

KEMURUNGAN anak selepas kematian hamster kesayangan, memberi idea kepada seorang ibu di London...

Lelaki Diberhentikan Kerja Sebab Kutuk Singapura

HANYA kerana satu status ‘panas’ di Facebook, seorang lelaki telah kehilangan kerjanya disebabkan kerakusan jarinya menaip status berbaur biadap tersebut.

Seorang warganegara Australia, Sonny Truyen yang bekerja sebagai penasihat pemasaran di Singapura telah diberhentikan kerja sebaik syarikatnya mengetahui dia menghina Singapura menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Sonny memuat naik status mengutuk negara Kota Singa itu dengan menulis: “you can’t fu***ng catch Pokemon in this piece of fu***ng sh** country.”

Sonny dipercayai menulis status sebegitu kerana Singapura kebetulan masih belum mempunyai perkhidmatan aplikasi permainan virtual Pokemon Go yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia.

Sonny kemudian memohon maaf mengenai status tersebut dan mengakui kesalahannya menghina negara itu hanya disebabkan tidak mempunyai akses ke atas aplikasi Pokemon Go.


“Ia adalah salah saya kerana menulis status sedemikian dan apa yang lebih menyedihkan saya ialah respons rakyat Singapura yang terus-terusan ‘menyerang’ saya walaupun saya sudah memohon maaf,” katanya.

Sementara itu, ketua eksekutif di syarikat hartanah di mana Sonny bekerja sebelum ini memohon maaf di atas kesilapan bekas pekerjanya itu menerusi laman seswang rasmi syarikat tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori