Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

APMM Kota Kinabalu Tahan...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot...

“Patik Minta Ampun, Patik...

SHAH ALAM - Selepas dikecam kerana menjadi penyebab kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku...

Kesan Asid Ditemui Di...

DOHA - Sumber dalaman pejabat peguam negara Turki, hari ini mendedahkan bahawa pasukan...

Gadis Mati Ketika Selfie...

BUCHAREST - Seorang gadis belasan tahun mati melecur selepas tersentuh kabel elektrik berkuasa...

Lelaki Maut Dikelar Tali Layang-Layang

MALANG sememangnya tidak berbau. Seorang lelaki berusia 52 tahun maut selepas lehernya dikelar dengan tali layang-layang bersalut kaca ketika sedang menunggang motosikal di Ghaziabad, India.

Dalam kejadian petang Jumaat lalu, mangsa, Yogesh Sharma mati dalam keadaan mengerikan ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Menurut jurucakap polis, Salmantaj Patil, insiden berpunca selepas tali layang-layang tersangkut dan membelit leher Sharma.

“Seorang saksi memberitahu, dia melihat Sharma menunggang motosikal sejauh beberapa meter sebelum terjatuh di atas jalan raya.

“Orang yang memberi bantuan melihat ada tali layang-layang melilit leher mangsa dan banyak darah yang keluar,” katanya.


Ketika kejadian, mangsa dilaporkan memakai helmet namun malangnya tali tersebut mengena bahagian lehernya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori