Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Dituduh Suka Kaum Sejenis,...

BEBERAPA hari kebelakangan ini umum sudah mengetahui kemelut yang berlaku dalam rumah tangga...

Warga Jabatan Penerangan Perlu...

SEREMBAN – Warga Jabatan Penerangan perlu memanfaatkan sepenuhnya platform media sosial bagi menangkis...

Jamal Mahu Ketua AMK...

PEMIMPIN Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos menuntut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang,...

Najib Tetap Turun Ke...

PONTIAN - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata penarikan balik pengiring...

Letupan Di Puchong Ada Kaitan Daesh – KPN

KUALA LUMPUR – Letupan yang berlaku di sebuah kelab malam, Movida di Puchong, Selangor pada 28 Jun lalu kemungkinan besar ada kaitan dengan kumpulan militan Daesh

Perkara tersebut dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada satu sidang media di sini hari ini sambil mengesahkan 15 individu telah ditahan susulan serangan tersebut.

Ini termasuk dua pegawai polis, yang dipercayai terlibat dalam kegiatan kumpulan pengganas Daesh, kata beliau, selain menambah bahawa ramai lagi suspek mungkin akan ditahan.

“Kami mendapati dua daripada mereka ada menerima arahan daripada rakyat kita di Syria, Muhamad Wanndy Muhamad Jedi,” katanya yang dipetik oleh pelbagai media tempatan.

movida 1 movida 2

DUA INDIVIDU DI ATAS DICARI PDRM BAGI MEMBANTU SIASATAN 

Suspek ujar Khalid dipercayai memberi arahan agar serangan dilancarkan terhadap pemimpin kanan kerajaan, pegawai polis dan hakim tertentu kerana menjejaskan aktiviti mereka selama ini.

Kesemua mereka itu kemudian ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Serangan lewat tengah malam itu menyaksikan lapan mangsa kebanyakan adalah pelanggan kelab yang datang menyaksikan siaran langsung perlawanan Euro 2016 mengalami kecederaan.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati mereka memperoleh bom tangan dari negara jiran yang digunakan untuk kejadian letupan di sebuah premis hiburan di IOI Boulevard, Puchong itu.


“Kami turut rampas pelbagai senjata tajam selain barangan seperti bendera kumpulan Daesh daripada suspek. Ini kes yang pertama di negara ini dan kita akan jalan siasatan secara terperinci,” katanya.

Khalid berkata polis juga sedang memburu dua lagi suspek yang terbabit dalam insiden letupan itu dikenali sebagai Md. Saifuddin Muji, 28, dan Jasanizam Rosni, 33, yang masing-masing beralamat di Johor.

“Kami meminta orang ramai untuk segera melaporkan kepada polis jika melihat mereka,” katanya. Serangan di Puchong itu secara kebetulan berlaku serentak dengan insiden sama di Istanbul, Turki.

Malah Daesh mengaku bertanggungjawab menyerang lapangan terbang antarabangsa Ataturk yang membunuh 25 orang dan 239 cedera melibatkan tiga anggota militan sebelum bertindak membunuh diri.

Pada Sabtu minggu lalu, enam penyerang Daesh menawan sebuah restoran mewah di Dhaka, Bangladesh dan berjaya membunuh 20 orang sebelum ditembak mati pasukan komando tempatan.

Menurut laporan awal serangan di Puchong sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar menyatakan bahawa letupan tersebut bukan akibat perbuatan pengganas.

Bagaimanapun siasatan lanjut akan menentukan sama ada puncanya adalah permusuhan dalam perniagaan, balas dendam atau seseorang individu yang disasarkan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori