Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isteri Asal Indonesia, Iedil...

MASUK kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing, mengembek! Kalau pergi ke tempat orang,...

Mayat Lelaki Terjun Sungai...

KOTA BHARU: Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai...

TM Berpotensi Jadi Pemain...

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia (TM) dilihat bukan sahaja sebagai pemain utama industri...

4 Mayat Murid Orang...

GUA MUSANG - Empat jasad murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang...

Masjidil Haram Kutuk Tindakan Terorisme

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengesahkan kejadian pengeboman berhampiran Masjid Nabawi berlaku sebaik sahaja pihak keselamatan meragui beberapa individu yang ingin bergerak menuju ke kawasan masjid melalui kawasan lapang tempat letak kereta.

Berlaku pergelutan antara pihak keselamatan dan individu terbabit sehingga suspek meletupkan dirinya dengan menggunakan tali pinggang yang dililit bahan letupan sehingga membunuh dirinya sendiri, manakala 4 orang anggota keselamatan terkorban dan 5 lagi mengalami kecederaan.

Pihak pengurusan Masjidil Haram (dan Masjid Nabawi) melalui Naib Pengerusinya, Dr. Muhammad Naasir Al-Khaziim mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terorisme yang dilakukan pengganas tidak kira apa sahaja latar belakang kewarganegaraan dan ideologi mereka dalam kejadian letupan yang berlaku di Jeddah, Qatif dan Madinah.

Tindakan yang jelas tidak menghormati kesucian tempat, waktu dan jiwa ini adalah sesuatu yang wajib diingkari. Pihak Pengurusan Masjidil Haram juga menyeru agar masyarakat berganding bahu dalam menghadapi puak pelampau dan perosak yang mengancam agama dan negara.

Komentar: Semoga Allah merahmati anggota keselamatan yang terkorban. Semoga Allah menjaga kedua-dua Tanah Haram dan semua negara kaum Muslimin daripada ancaman pengganas Khawarij Daesh.


Dipetik dari FB Ustaz Muhammad Fashan

Credit: Abu Aqif Al Aman

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori