Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

23,564 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan peningkatan apabila merekodkan jumlah...

Kempen Hari Hijab Sedunia...

GALAK... Kempen ā€˜Hari Hijab Sedunia 2019ā€™ yang bertujuan menggalakkan wanita menyuarakan pilihan mereka...

Terkejut Bangun Tidur Ada...

NEW DELHIƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Ā Entah apalah mimpi buruk dialami oleh seorang lelaki di India ini...

Lesen Media Sosial: Perlu...

KUALA LUMPUR : Kerajaan diminta mengeluarkan peraturan yang jelas membabitkan rangka kerja pelesenan...

LGE Ditempelak, Cuba Heret Rakyat Dalam Kes Rasuah

NIBONG TEBAL – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditempelak kerana didakwa cuba mengheret rakyat dalam pertuduhan rasuah yang sedang dihadapinya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata tindakan Lim mengajak rakyat mempertahankannya dan mengadakan sesi penerangan terbuka merupakan langkah terdesak.

“Saya percaya Lim dan pemimpin pembangkang lain menyedari tindakan mengadakan penerangan secara terbuka itu boleh menimbulkan subjudis terhadap kes yang sedang dihadapinya.

“Jangan heret rakyat dalam tuduhan yang jelas membabitkan beliau secara peribadi. Negara ada undang-undang dan tiada sesiapa yang kedudukannya lebih tinggi daripada undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada anggota keselamatan di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan DAP yang mengheret rakyat khususnya penyokong parti itu untuk mempertahankan Lim yang berdepan tuduhan rasuah termasuk mengadakan sesi penerangan kepada rakyat di Dewan Seri Pinang, di sini hari ini.


Khamis lepas, Lim, 56, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori