Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Najib Sihat, Mahu BN...

SUNGAI BESAR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang...

Musa Mahu Dewan Bandaraya,...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mahu Dewan Bandaraya...

Laporan Audit 1MDB: Rayuan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar pada 9 Ogos rayuan...

Champion Membawa Trend Jubin...

TAIPEI, Taiwan - Singapura bukan hanya satu daripada daerah kewangan yang paling penting...

Mahkamah Tolak Tun M & 2 Lain Untuk Periksa Balas PM

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain untuk memeriksa balas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung afidavit sokongannya dalam saman berkaitan salah laku 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Abu Bakar Jais dalam penghakimannya berkata tidak perlu untuk memeriksa balas Najib pada peringkat ini kerana isu (mengenai pegawai awam) patut diputuskan selepas permohonan Najib untuk membatalkan saman difailkan Dr Mahathir dan dua yang lain, didengar.

“Tiada halangan bagi plaintif (Dr Mahathir) untuk membawa isu ini apabila perkara itu dihujahkan.

“Pemeriksaan balas ke atas defendan (Najib) tidak perlu kerana penegasan yang telah dibuat oleh defendan adalah jelas dalam afidavitnya,” katanya dalam penghakiman yang disampai di dalam kamar.

Dr Mahathir, bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas anggota Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin telah memohon untuk memeriksa balas Najib berhubung percanggahan yang terdapat dalam afidavit beliau mengenai isu pegawai awam.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib manakala peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina.


Bercakap kepada pemberita selepas prosiding itu, Mohd Hafarizam berkata hakim menetapkan 4 Ogos bagi pengurusan kes, manakala Mohamed Haniff berkata beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini.

Dr Mahathir, 90, Khairuddin, 54, dan Anina, 41, pada 23 Mac, menyaman Najib atas dakwaan salah laku di pihak perdana menteri melibatkan dana pembangunan strategik 1MDB.

Najib, pada 19 April, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman ketiga-tiga mereka atas alasan tidak terdapat elemen perbuatan salah laku dan pecah amanah sebagai penjawat awam seperti didakwa oleh ketiga-tiga plaintif. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori