SEBELUM ini satu Malaya heboh dengan video viral gelekan ‘maut’ Ira Kaza yang merupakan anak kepada pelakon popular, Kazaruddin Saisi.
Video gelekan ghairahnya itu pantas meraih perhatian netizen yang kemudiannya memberikan pelbagai kritikan terhadap video yang dimuat naik sendiri oleh gadis berusia 21 tahun itu di laman mikro Twitter miliknya.
Mengambil positif setiap kecaman yang diterima, gadis bernama lengkap Faghirah Fatini Kazaruddin ini enggan menoleh ke belakang dengan memikirkan apa tanggapan orang luar terhadap dirinya.

“Sebenarnya normal je video tu bagi keluarga saya, benda tu biasa je. Semua (ahli keluarga) rasa benda tu tiada apa pun.
Baca: Lepas Gelek, Ira Menyanyi Pulak
“Tapi nak buat macam mana benda tu dah viral. Banyak yang kecam tapi saya ambil positif,” katanya ketika ditemui Mynewshub di kediamannya di Sungai Buloh, hari ini.
Sementara itu, bapanya, Kazaruddin atau lebih dikenali dengan nama komersil Kaza Saisi pula mengakui kesalahan anaknya memuat naik video gelekan tersebut sehingga ia menjadi perbualan hangat di kalangan netizen baru-baru ini.
Menurut Kaza, dia berharap isu tersebut menjadi pengajaran buat anaknya agar lebih berhati-hati dalam perkongsian di laman-laman sosial selepas ini.
“Benda (video gelek) tu dalam keluarga kami biasa je, cuma kesilapan Ira itu dia videokan dan upload itu kesilapan besar dia.
“Memang dah pesan banyak kali suruh jaga (nama keluarga), tapi remaja kan, kalau kita pesan pun, nafsu remaja kita tak boleh control tapi dah terlepas nak buat macam mana kan. Harap ia menjadi iktibarlah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai video aksi gelek anaknya.

Mengakui menggunakan pendekatan psikologi dalam membesarkan anak-anaknya, Kaza menganggap kaedah itu adalah yang terbaik dalam mendidik anak-anak yang kian meningkat dewasa.
“Saya mendidik anak guna psikologi, tidaklah terlampau biar (bebas) dan tidaklah pula terlalu strict (tegas),” ujar pelakon kelahiran Kampar, Perak ini.
Ira merupakan anak keempat daripada lima beradik hasil perkongsian hidup Kaza dan isteri, Rashidah Latiff. – MYNEWSHUB.CC