Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Ketepi Soal Ganjaran Dalam...

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) mahu pemain sepak takraw mengetepikan sikap...

Sidang Dewan Rakyat 10...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat mengambil ketetapan untuk melakukan beberapa penyelarasan bagi urusan persidangan Dewan...

Bekas Isteri Pemandu E-hailing,...

TAWAU: Bekas isteri kepada pemandu e-hailing yang ditemui mati dibunuh di Jalan Anjur...

Bagilah Harta Atau Kemewahan…...

KUALA LUMPUR - Pelakon Siti Elizad memberitahu dia juga seperti wanita lain yang...

‘Malam Nanti Saya Hantar KFC’ – Reaksi Spontan Sultan

SEKUMPULAN pelajar dari Sekolah Menengah (SMK) Kangkar Pulai di Johor Bahru melalui pengalaman terindah apabila dapat bertemu dengan sultan kesayangan di negeri berkenaan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Kumpulan pelajar tersebut yang sedang menjalankan aktiviti kem motivasi di pantai berhampiran dengan Istana Sri Mersing di Sekakap pada Rabu, teruja apabila terserempak dengan kenderaan yang dipandu Tuanku.

Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Sultan Johor, kumpulan pelajar berkenaan dilihat dengan gembiranya mengejar dan melambai-lambai kenderaan yang dipandu Baginda itu sambil memanggil “Tuanku, Tuanku.”

Baginda yang memandu pacuan empat roda jenis Land Rover berwarna oren dengan bernombor pendaftaran ZZZ 1 dilihat memberhentikan kenderaan dan terus menanyakan khabar kepada kumpulan pelajar terbabit.

Kumpulan pelajar itu turut menjemput baginda ke Kem Pusat Kecemerlangan Pembangunan Islam Yayasan Pelajaran Johor di Sekakap, Mersing, di mana mereka sedang menghadiri kem motivasi namun tidak dapat ditunaikan atas komitmen lain tuanku.

'Malam Nanti Saya Hantar KFC' - Reaksi Spontan Sultan

'Malam Nanti Saya Hantar KFC' - Reaksi Spontan Sultan

'Malam Nanti Saya Hantar KFC' - Reaksi Spontan Sultan


“Makan sedap tak semua?” tanya Baginda.

“Kami belum makan,” ujar pelajar.

“Alahai kesian.. nak saya belanja makan?” yang disusuli reaksi mereka seakan tidak percaya dan serba salah hendak menjawab.

“Nanti saya suruh hantar KFC yer.. berapa orang semua,” kata Baginda.

Baginda kemudian bertanya berapa ramai pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam kem motivasi dan berapa lama mereka akan berada di situ.

Pada petang itu juga, sebanyak 150 bungkusan KFC telah dihantar ke pusat kem motivasi tersebut dengan pesanan daripada Baginda agar belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori