Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Singapura Mula Lancar Teksi...

MESRA ALAM... HDT Singapore Taxi disahkan berjaya menerima lesen pengendali khidmat teksi dan...

Peter Anthony Bersalah Atau...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen di sini akan memutuskan sama ada Datuk Peter...

KDN Haram Akhbar Daesh,...

PUTRAJAYA - Selepas diharamkan di Singapura, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan...

A. Rahman Hassan, Fadhilah...

PENYANYI terkenal era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan, 67, memilih tarikh 25 Disember...

Mangsa Banjir Di Kedah Berkurangan Kepada 325 Orang

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di empat daerah di negeri ini berkurangan kepada 325 orang daripada 83 keluarga setakat pukul 8 pagi tadi berbanding 480 orang petang semalam.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Mejar (PA) Imran Azemi berkata mangsa masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan di Yan, Kuala Muda, Baling dan Pendang.

Beliau berkata satu pusat pemindahan baru turut dibuka iaitu di Dewan Kompleks Sukan Tanah Merah, Pendang yang dibuka kira-kira pukul 5 petang semalam melibatkan 62 orang dari 15 keluarga dari lima kampung di Mukim Ayer Puteh.

Katanya antara pusat pemindahan yang telah ditutup setakat ini ialah di Surau kampung Lubuk Boi (Daerah Yan), Dewan KEDA dan Surau Kampung Tepi Laut (Daerah Kuala Muda) serta Surau Kampung Batu 5, Surau Kampung Sungai Rotan dan Surau Kampung Guar Stesen dalam Daerah Gurun.

“Turut ditutup ialah pusat pemindahan Kampung Seputeh dan Surau Kampung Air Tawar dalam Daerah Baling,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Imran berkata setakat ini lima pusat pemindahan masih dibuka di Yan yang menempatkan 231 orang dari 61 keluarga di Surau Teroi Bukit (100), Masjid Titi Teras (38), Surau Nurul Huda Batu 18 (10), Surau Kampung Batu 22 (65) dan Surau Kampung Setar (18).

Di Baling, satu pusat pemindahan masih dibuka di Daerah yang menempatkan 32 orang dari tujuh keluarga, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori