Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Tribunal MH17 Diperlukan Dan...

PUTRAJAYA - Penubuhan tribunal oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai tragedi...

Dr Mahathir Akui Pemimpin...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat pemimpin UMNO yang...

Kakitangan TNB Direman 3...

SEREMBAN - Seorang kakitangan Tenaga Nasional Bhd (TNB) direman selama tiga hari bermula...

Seramai 347 PATI Ditahan...

CAMERON HIGHLANDS - Seramai 347 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Ops...

Mangsa Kebakaran PA Sri Kelantan, Sentul Ditawar Rumah

KUALA LUMPUR – Kedukaan tiga beranak yang tinggal sehelai sepinggang akibat kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran di Projek Perumahan Awam (PA) Sri Kelantan, Jalan Sentul di sini terubat apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan rumah transit untuk mereka.

Surat tawaran mendiami rumah di kawasan perumahan yang sama disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Batu Datuk Yahaya Mat Ghani kepada anggota keluarga itu Sazana Samsudin, 42, dalam satu majlis malam tadi di sini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL Wan Mohammad Ghazali Nor.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat berkenaan, Yahaya meluahkan perasaan sedih atas musibah menimpa mangsa serta meminta mangsa tabah menghadapi ujian itu.

Beliau berkata mereka boleh tinggal di rumah tersebut secara percuma tanpa perlu membayar sewa termasuk bil api dan air dalam tempoh tiga bulan, kerana ia akan ditanggung oleh DBKL.

“Mereka boleh tinggal di rumah ini sementara menantikan rumah mereka siap diperbaiki setelah ia musnah seratus peratus dalam kejadian 7 pagi kelmarin,” katanya.

Sementara itu anak mangsa Nur Syafiqah Marzuki, 21, berterima kasih kepada semua pihak, khususnya kerajaan yang berbesar hati untuk membantu meringankan beban mereka sekeluarga.


Beliau berkata kejadian yang didakwa berpunca akibat letupan tong gas di rumah terbabit menyebabkan ayah tirinya Azhar Kadirun, 61 melecur di bahagian muka, kedua-dua tangan dan kaki manakala ibunya Jaharah Md Arif, 58, cedera di tangan.

“Keadaan ayah agak parah sebab beliau cuba memadamkan api ketika kejadian. Sekarang ayah dan ibu masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

“Masa kejadian, ibu dan ayah sedang memasak di beranda rumah bagi menyiapkan makanan untuk jamuan di tempat kerja ibu,” katanya yang masih trauma.

Biarpun rumah yang didiami oleh dia dan keluarganya sejak 20 tahun lalu musnah sepenuhnya, namun Syafiqah bersyukur kejadian itu tidak melibatkan kehilangan nyawa dan tidak menjejaskan rumah jiran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori