Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tangguh Masuk Vaksin CanSino,...

ALOR SETAR - Kerajaan menangguhkan kemasukan vaksin Covid-19 jenis CanSino dari China berikutan...

LGE Tuduh Dulu Siasat...

1. SEMALAM Lim Guan Eng umum, siasatan dalaman mengenai duit refund GST RM19.4...

Kasih Seorang Ibu… Sanggup...

SESUNGGUHNYA kasih ibu itu tiada batasan. Demi mencari anaknya yang hilang, seorang ibu...

Jemaah Haji Dinasihat Berehat...

MADINAH – Jemaah haji Malaysia dinasihatkan supaya mendapatkan rehat  secukupnya sebelum berlepas ke Madinah, kata Pengurus Terminal Madinah 1438H Mohamad Zahir Hussin.Menurut beliau, ini...

Mangsa ‘Push Pocket’ Dinasihat Lapor Polis

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik ‘Push Pocket’, satu bentuk jenayah peras ugut.

Modus operandi push-pocket ini adalah memasukkan barang tertentu seperti telefon bimbit atau dompet ke dalam poket mangsa tanpa disedarinya di tempat-tempat sesak.

Pemeras ugut ini kemudian bersama seorang ‘saksi’ akan mendekati mangsa dan menuduhnya mencuri barang miliknya sambil membuat kecoh.

Suspek seterusnya menawarkan kepada mangsa untuk menyelesaikan kes itu jika mangsa membayar sejumlah wang, atau kes itu diadukan kepada polis.

Sesetengah mangsa yang ketakutan setuju membuat bayaran.

Kisah mengenai modus operandi ini menjadi viral di laman sosial dan dikatakan warga asing yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dan mereka yang berada di stesen LRT sering menjadi mangsa.

Di lapangan terbang suspek selalunya meletakkan barang-barang miliknya ke dalam troli bagasi mangsa tanpa disedari mangsa.

Khalid menasihatkan mangsa agar tidak takut malah membiarkan pemeras ugut itu mengadu kepada polis dan ikut sama ke balai polis berdekatan.


“Sekiranya ada yang mendatangi anda dan menuduh anda mencuri barangan milik mereka, jangan takut tetapi bawalah mereka ke balai polis berhampiran.

“Jangan cuba untuk menyelesaikan perkara itu sendiri kerana mereka pasti tidak akan berani untuk ke balai polis,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Semakan di daerah Dang Wangi dan Brickfields mendapati tiada kes berkenaan dilaporkan kepada polis oleh orang awam,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori