Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jenazah ADUN Slim Selamat...

TANJUNG MALIM - Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim Allahyarham Datuk Mohd...

“Contoh Terbaik Pemimpin Negara”

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menunaikan solat...

Kapal Cruise Terbesar Dunia...

BARU beberapa bulan operasi, kapal pesiaran terbesar dunia, Harmony of the Seas menerima berita...

Kepala Budak Tersepit Di...

NILAI - Seorang ibu cemas apabila mendapati kepala anak bongsunya tersepit pada palang...

Mangsa Tembak Baru 2 Minggu Tukar Kereta Elak Diekori

KUALA LUMPUR – Pengurup wang yang ditembak maut di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang di sini hari ini baru dua minggu membeli kereta baharu setelah mendapati ada pihak mengekorinya, menurut seorang rakan mangsa.

Rakan yang enggan dikenali itu berkata mangsa yang menjalankan perniagaan itu sejak kira-kira 10 tahun lepas, sebelum ini menggunakan Toyota Camry.

Video: Lelaki Maut Ditembak Belasan Das Di Setapak

“Baru dua minggu dia beli kereta baharu jenis Honda Accord. Dia tukar kereta setelah mendapati ada pihak tertentu memantau pergerakannya,” katanya kepada Bernama.

“Saya jumpa mangsa sebulan lepas di sebuah hotel di Jalan Ipoh dan dia tidak mengadu tentang apa-apa masalah (ketika itu). Kelakuan dia seperti biasa,” katanya.

Menurut polis, mangsa maut serta-merta dalam kejadian 3.35 petang itu yang menyaksikan 18 das tembakan – 10 daripadanya mengenai mangsa – dilepaskan dua penembak yang merupakan pembonceng dua motosikal.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, badan serta paha. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Seorang saksi kejadian berkata bunyi tembakan bertalu-talu yang didengari ketika kejadian disangkakannya bunyi mercun.

“Saya ingatkan hanya bunyi orang main mercun, tak sangka pula ia datang dari tembakan yang bertalu-talu,” kata saksi yang hanya ingin dikenali sebagai sebagai Sazwan.

Sazwan berkata beliau dan dua rakan sedang minum petang di gerai berhampiran tempat kejadian.


Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas dan sejurus selepas itu orang ramai bergegas mengerumuni kereta mangsa.

“Saya terkejut apabila mendekati kereta itu, terdapat banyak kesan tembakan. Saya nampak pemandu kereta seorang lelaki dah terkulai dengan kesan tembakan pada badannya,” katanya.

Beliau berkata tiada penumpang dalam kereta berkenaan.

Katanya sejurus kejadian, orang awam menghubungi polis yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori