KOMPOSER muda, Aizat Amdan menerusi kenyataan kepada sebuah laman hiburan tempatan menyatakan sudah tiba masanya untuk dirinya mencari peneman hidup.
Menurut Aizat, dalam usianya yang menjangkau 27 tahun, dirinya masih lagi solo.
“Masa dulu mungkin tak cukup matang sekarang sudah berusia 27 tahun saya mula berfikir dan belajar,†katanya.
Jelas pelantun yang melonjak naik menerusi single Lagu Kita, sekiranya sudah mempunyai calon yang sesuai untuk dijadikan penyeri hidup, dia akan terus melamar wanita berkenaan.
Tambah Aizat lagi, bapanya sewaktu seusia dengannya sudahpun menyuarakan hasrat untuk berkahwin.
“Ayah saya suruh kahwin ketika usia ke-30 kalau boleh. Tapi saya taklah sampai berasa tertekan. Kalau ada saya akan kahwin,†jelasnya.
Perkembangan terbaru penyanyi muda berbakat ini, dia kini bergandingan dengan Dayang Nurfaizah dalam menghasilkan lagu untuk album terbaharu Dayang.
“Sepanjang bekerja sama-sama, saya menyedari Dayang mempunyai keperibadian yang cantik luar dan dalam. Walaupun dia mempunyai nama besar, Dayang amat profesional, merendah diri, kelakar dan disenangi.
“Sebagai penyanyi, Dayang tidak sekadar menyanyikan lagu yang diberikan, malah tahu apa yang dia inginkan,†katanya. – MYNEWSHUB.CC