Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Politik Berasaskan Kaum Formula...

GOMBAK - Politik Malaysia pada masa ini lebih cenderung kepada politik berasaskan kaum...

APMM Tahan 25 Nelayan...

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan tiga buah bot nelayan...

Jenama Beras Yang Boleh...

Gara-gara 'packaging' satu jenama beras mengunakan gambar anak dara Melayu manis berbaju kurung,...

Seorang Lagi Rakyat Malaysia...

KULIM - Ibu kepada Mohammad Fadlan Shahidi Mohammad Khir yang terkorban akibat serangan...

Masjid, Gereja Ditutup Atasi Bunyi Bising Di Nigeria

ABUJA – Pemerintah bandar raya terbesar Nigeria, Lagos memutuskan untuk menutup puluhan gereja, masjid dan hotel dalam usaha mengurangi pencemaran bunyi, menurut laporan agensi berita antarabangsa AFP.

Bandar berpenduduk 20 juta orang itu terkenal dengan isu kesesakan lalu lintas yang parah dan kadar kebisingan dihasilkan dari pembesar suara puluhan masjid dan gereja bersaing sengit menyampaikan tazkirah mereka.

“Sebanyak 70 buah gereja, 20 masjid, 11 hotel, bar dan kelab malam ditutup di seluruh Lagos,” kata seorang pegawai tempatan di Agensi Perlindungan Alam Sekitar Negeri Lagos (LASEPA) yang enggan didedahkan identi dirinya.

Beliau menjelaskan bahawa Pengarah LASEPA, Rasheed Adebola Shabi memerintahkan penutupan setelah puluhan masjid dan gereja menolak saranan pihak pemerintah untuk mengurangkan tahap kebisingan kota pelabuhan itu.

“Gereja dan masjid yang ditutup itu asalnya diminta menanggalkan pembesar suara diarahkan ke luar bangunan sehingga aktiviti mereka tidak mengganggu penduduk sekitar tetapi mereka tetap menolak,” tambah pegawai itu.

Masjid, Gereja Ditutup Atasi Bunyi Bising Di Nigeria

Beliau seterusnya menambah, dalam waktu lima tahun ke hadapan pihak pemerintah Lagos berhasrat menjadikan bandar terbesar benua Afrika itu tiada lagi bunyi bising yang dihasilkan oleh mana-mana gereja, masjid atau hotel.


“Kami ingin memastikan pada 2020 kelak, Lagos akan bebas sepenuhnya daripada kebisingan. Dengan status kami sebagai megacity, maka pada 2020 nanti, bandar rata ini akan bebas pencemaran bunyi,” tambah pegawai tersebut.

Beliau seterusnya menerangkan, pihak pemerintah tempatan juga tidak akan mengizinkan bangunan tambahan jenis mudah alih digunakan lagi sebagai tempat ibadah di kota Lagos oleh mana-mana badan hal ehwal agama.

Sebelumnya, pihak LASEPA sudah mewartakan larangan kepada semua pengguna kenderaan bermotor di Lagos daripada membunyikan hon terlalu kerap dalam usaha mengurangkan kadar kebisingan yang amat teruk.

Langkah drastik itu berjaya menurunkan tahap pencemaran bunyi kepada 35 peratus manakala usaha penutupan tempat ibadah dijangka mengurangkan lagi kebisingan sehingga 80 peratus. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori