Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Empat Sahabat Didenda RM800...

KUALA LUMPUR - Empat sahabat masing-masing dijatuhi hukuman denda RM800 atau sebulan penjara...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan...

PDRM Terima 973 Aduan...

KUALA LUMPUR – Sehingga 31 Okt lepas, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak...

Macau Scam: 26 Individu...

MELAKA - Seramai 26 individu termasuk seorang rakyat tempatan ditahan polis kerana dipercayai...

Mekanik Maut Langgar Pacuan Empat Roda

KOTA TINGGI – Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 42.5, Jalan Johor Baharu-Mersing, dekat sini, malam tadi.

Osman Yusuf, 19, yang beralamat di Ladang Koperasi Sungai Ambat Jemaluang, Mersing disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Sementara, tunangnya Suhaibah Mohamad Qadri, 14, masih dirawat di hospital yang sama.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, kedua-dua mangsa yang datang dari arah bandar Kota Tinggi dipercayai mahu pulang ke Mersing, telah melanggar bahagian kanan kenderaan pacuan empat roda itu, yang keluar dari simpang kedai makan di Jalan Mawai di sini.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang dan pembonceng motosikal terjatuh dan mengalami kecederaan sementara pemandu pacuan empat roda berusia 63 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rahmat berkata hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan lurus dua hala dan terdapat garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan.


Semasa kejadian, permukaan jalan kering dan cuaca baik, katanya.

Beliau berkata pemandu pacuan empat roda itu akan ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori