SUSULAN kenyataan penerbit tersohor, David Teo yang dikatakan menghina seniman agung Tan Sri P. Ramlee, Melissa Saila selaku anak saudara P. Ramlee mengakui terguris dengan perkara tersebut.
Baca:Â David Teo Tak Mahu Artisnya Merempat Macam P. Ramlee
Menerusi panggilan telefon Astro Awani, Melissa menjelaskan bahawa sepanjang kehidupannya, P. Ramlee tidak pernah hidup merempat seperti yang didakwa penerbit itu.
“Ya, dia memang tidak kaya tetapi keadaannya tidaklah seteruk yang digambarkan,” katanya.
Melissa turut mengatakan anak angkat P. Ramlee, pelakon Dian P. Ramlee turut terguris hati dengan kenyataan David yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.
David yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG) sebelum ini menerusi portal Malay Mail Online membuat kenyataan agar selebriti masa kini lebih menyimpan sehingga mampu bergelar jutawan supaya tidak hidup merempat seperti P. Ramlee ketika di era kejatuhan beliau.
Pagi tadi, David sempat memuat naik permohonan maafnya di laman sosial Facebook.
Baca:Â Dakwa Kenyataan Disalah Tafsir, David Teo Mohon Maaf
Dalam tulisannya itu, David mengakui tidak pernah berniat untuk menghina seniman agung P. Ramlee sebaliknya hanya mahu barisan artis di bawah pengurusan syarikatnya berdisplin serta berilmu supaya tidak menjadi mangsa penipuan. – MYNEWSHUB.CC