VIRAL menerusi laman sosial beberapa hari ini berkaitan kenyataan seorang selebriti yang sedang meningkat naik iaitu Mira Filzah mengenai kerjaya sebagai gadis pejabat.
Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Mira di Instagram miliknya, aktres comel ini memberitahu bahawa sebuah portal hiburan telah tersalah faham kenyataannya yang diterbitkan oleh sebuah majalah tempatan.
Ini kenyataan yang disalah ertikan itu;
Baginya kerjaya sebagai pegawai tadbir diplomatik (PTD) merupakan satu kerjaya yang mempunyai masa depan yang cerah, namun masing-masing mempunyai minat yang berbeza.
Jelas pelakon ini lagi, dirinya lebih suka kerjaya yang tidak mempunyai waktu kerja yang tetap seperti bidang lakonan sekarang.
Oleh kerana salah faham itu, pelakon Cinta Si Wedding Planner ini dihentam netizen yang bekerja sebagai gadis pejabat kerana dianggap memperlekehkan kerjaya mereka.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik itu, Mira berharap jangan ada pihak yang menyalahkan ertikan dan memutar belitkan kenyataannya.
Mynewshub pasti, Mira tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak. Mungkin sikap berterus terangnya itu telah disalah faham oleh pihak yang lain.
Apa yang pasti, setiap pekerjaan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. – MYNEWSHUB.CC