Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Angin Kencang Timur Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora di perairan Condore, Reef North,...

Bida Nombor Plat Khas...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang memiliki nombor pendaftaran 'RIMAU' setelah Jawatankuasa Penganjur...

Jumlah Warga Emas Melebihi...

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas akan melebihi jumlah...

60 Hektar Sawah Padi...

BAGAN SERAI - Benih padi yang ditabur dalam kira-kira 60 hektar sawah padi...

Mohamad Fazrul Azrie Cipta Tiga Rekod Kebangsaan

KUCHING – Atlet kebangsaan, Mohamad Fazrul Azrie Mohdad berjaya mencipta tiga rekod kebangsaan dalam acara angkat berat kategori 85kg lelaki pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 di sini hari ini.

Atlet berusia 21 tahun dari Melaka itu mencipta rekod baharu kebangsaan dan rekod Sukma dalam acara snatch serta clean and jerk.

Dalam acara Snatch, dia membuat angkatan 150kg mengatasi rekod terdahulu 142kg milik Khairul Anuar Mohamad dari Angkatan Tentera Malaysia pada Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan di Pulau Pinang pada 2015.

Jumlah angkatan itu juga memperbaharui rekod Sukma Milik Abdul Mubin Rahim iaitu 140kg yang direkodkan pada temasya Sukma Melaka pada 2010.

Dalam acara Clean and Jerk pula, Mohamad Fazrul berjaya melakukan angkatan 176kg untuk mengatasi catatan 175kg rekod kebangsaan dan rekod Sukma milik Abdul Mubin di Sukma Melaka.


Jumlah berat keseluruhan yang diangkat iaitu 326kg juga adalah rekod baharu kebangsaan, dan dia berjaya mengatasi rekod terdahulu 315kg juga milik Abdul Mubin.

Bagaimanapun jumlah keseluruhan angkatan tidak menawarkan pingat pada temasya Sukma kali ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori