Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Misteri.. Budak Tiga Tahun...

PELIK bin ajaib. Itu yang berlaku kepada seorang kanak-kanak di Indonesia apabila tiba-tiba...

Kerajaan Akan Pastikan Projek...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan...

Sokongan Padu Pemain ‘Lama’...

MALAM ini bakal berlangsungnya perlawanan bersejarah sepanjang Sukan SEA 2017 iaitu bagi merebut...

Azmin Mohon Batal Saman...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Jumaat memfailkan permohonan untuk...

Muhyiddin Muncul Di Pentas PKR Guris Totok UMNO Pagoh

SHAH ALAM – Suasana di dewan ballroom aras 2 Hotel Empire Subang dekat sini tengah hari Sabtu penuh sesak dengan kehadiran ramai wartawan tempatan dan asing bagaikan ada satu berita besar.

Malangnya apa yang diharapkan pemberita khasnya media propembangkang nampaknya tidak kesampaian atau antiklimaks apabila tiada pengumuman luar biasa yang boleh diketengahkan untuk dijual sebagai nilai berita.

Sebaliknya tindakan nekad Tan Sri Muhyiddin Yassin duduk semeja di pentas bersama-sama Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali ibarat meludah ke langit terpercik muka sendiri pula.

Inilah kemunculan kali pertama bekas Timbalan Perdana Menteri dan mantan Timbalan Presiden UMNO itu dalam program PKR, parti yang suatu ketika dahulu pernah dahsyat dihinanya begitu teruk sebagai ‘Parti Kian Runtuh’.

Muhyiddin Muncul Di Pentas PKR Guris Totok UMNO Pagoh

Muhyiddin yang dipecat daripada UMNO lebih kurang seminggu sebelum umat Islam di seluruh dunia meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri memang mengkhianati prinsip politik dirinya iaitu tetap setia berjiwa ‘totok’ UMNO.

Dengan berselindung di sebalik alasan hanya mahu membantu PKR menerusi siri jerayawara parti pembangkang itu ‘bohong’ kepada rakyat dalam isu 1MDB, Muhyiddin ternyata sanggup gadai maruah perjuangan siasah dirinya.

Ironi tanpa disedari, Ahli Parlimen Pagoh itu berjaya ‘guris’ ribuan penyokong beliau khasnya totok UMNO di kerusi tersebut, sesuatu yang tidak dapat diterima bukan sahaja oleh ahli tegar UMNO di Johor, malah seluruh negara.

Apakah matlamat halalkan cara oleh Muhyiddin boleh dijadikan ‘tiket’ untuk sekongkol dengan pihak pembangkang yang jelas diketahui tidak memperjuangkan agenda Bumiputera apatah lagi kepentingan umat Islam di Malaysia.


Muhyiddin Muncul Di Pentas PKR Guris Totok UMNO Pagoh

Lucunya, jika benar beliau gigih menentang amalan rasuah konon berleluasa dalam UMNO, kenapa senyap seribu bahasa jika melibatkan isu skandal panas hartanah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Barang kali inilah yang dikatakan bidalan Melayu sebagai paku dulang, paku serpih, mengata orang tapi dia pula lebih atau kuman di seberang laut boleh nampak, namun gajah yang di depan mata, dia buat tidak tahu pula.

Hakikatnya, Muhyiddin atas kertas sudah hilang aura dan terpaksa ‘jilat ludah’ sendiri dengan berpaut di platform PKR yang sudah ditolak rakyat apabila gagal ketika Pilihan Raya Sarawak dan dua pilihan raya kecil baru-baru ini.

Beliau terpaksa eksploitasi isu 1MDB sebagai ‘talian hayat’ politik dirinya hanya semata-mata dendam kepada bekas bosnya, Datuk Seri Najib Tun Razak waima sabotaj parti keramat yang ditubuhkan di negeri kelahirannya sendiri. – Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori