Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jenazah Pengasas Pasaraya Mydin...

KUALA LUMPUR - Jenazah Allahyarham Mydin Mohamed Ghulam Hussein, pengasas rangkaian pasaraya Mydin,...

Senarai Penuh Kabinet Negeri...

KUCHING - Berikut senarai penuh Kabinet negeri Sarawak yang diumumkan Ketua Menteri Datuk...

TRW Perlukan Dana Mencukupi...

KUALA LUMPUR - Pasukan Kelantan memerlukan dana yang mencukupi jika mahu menyaingi pasukan...

Lebih 100 Maut Ditimbus...

DHAKA – Hujan lebat yang menyebabkan kejadian tanah runtuh meragut sekurang-kurangnya 120 nyawa...

N.Sembilan Kenal Pasti Tapak Stesen Seremban HSR

SEREMBAN – Kerajaan negeri sedang mengenal pasti kawasan yang akan dijadikan Stesen Seremban dalam projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, yang disasarkan memulakan operasinya pada 2026.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kawasan itu kelak akan dibangunkan dengan terminal bersepadu yang menempatkan perkhidmatan bas, teksi, keretapi dan komuter.

“Lokasi HSR Seremban belum ditentukan lagi, tapi memang tidak akan berhenti di stesen keretapi (Seremban). Kita nak buat di suatu kawasan yang akan jadi satu kawasan stesen terminal bersepadu dengan (dilengkapi perkhidmatan) bas, teksi, keretapi dan komuter.

“Kita sedang mengkaji dan memilih tempat yang sesuai dijadikan stesen bersepadu di mana ia akan memudahkan dan memberikan kemudahan kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Pendidikan dan Kesihatan negeri Datuk Shamsulkahar Mohd Deli dan Pengarah Pendidikan negeri Rusni Ab Jalil.

Mohamad berkata pemilihan kawasan lain yang strategik bagi membangunkan terminal pengangkutan awam bersepadu adalah demi kesejahteraan selain menjimatkan kos orang ramai.


“Kita tidak mahu menyusahkan orang ramai dengan perkhidmatan teksi yang jauh, bas yang jauh dan keretapi yang jauh…ini akan menambah beban dan kos untuk orang ramai,” katanya.

Pada 19 Julai lepas, Malaysia dan Singapura memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura, sekali gus mengesahkan komitmen kedua-dua negara untuk menjayakan projek ikonik itu.

Projek HSR merangkumi lapan stesen iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

Landasan sepanjang 350 kilometer (km) itu akan mengurangkan tempoh perjalanan di antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada hanya 90 minit dengan keretapi berkelajuan melebihi 300km sejam. – BERNAMA

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori