Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PKR Mahu Kemuka Bukti...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berusaha mendapatkan bukti empirikal bahawa...

Tambah 50 Taska Mampu...

KUALA LUMPUR - Penambahan sebanyak 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di bangunan kerajaan...

GPS Beri Sokongan Kepada...

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah menyatakan pendiriannya untuk menyokong penuh kepimpinan...

Bimbang AS Percepat Pindah...

PUTRAJAYA - Malaysia melahirkan kebimbangannya berhubung rancangan Amerika Syarikat (AS) yang mahu mempercepat...

Nabil Sambut Raya Sederhana Kerana Ibu Terlantar Sakit

BAGI pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, kemeriahan sambutan hari raya tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelum ini berana kesihatan ibunya yang tidak begitu baik.

Menurut Nabil, beberapa bulan lalu ibunya telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan terpaksa menjalani rawatan dialisis setiap tiga kali seminggu.

“Tahun ini kami sambut hari raya bersederhana sahaja memandangkan kesihatan ibu saya pun tidak berapa baik. Kami akan menumpukan perhatian kepada keperluannya.

Nabil juga memberitahu sebelum ini ibunya merupakan orang yang paling sibuk menyediakan juadah untuk mereka di hari raya, tetapi pada tahun ini keadaan sudah berbeza sejak ibunya disahkan sakit dan tidak sihat seperti dahulu.

“Kami akan memastikan dia menjalani dialisis pada waktu yang ditetapkan dan tahun ini kami adik-beradik yang akan berada di dapur menyiapkan juadah.


“Ini sebagai menggantikan rutin ibu kami kerana sebelum ini ibu kami yang paling sibuk di dapur,” katanya kepada mStar Online. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori